Assalamualaikum semua,
Hari ini bersiaran di pejabat. Selalu 2 hari tak masuk pejabat menimbun kerja, ini seminggu tak masuk pejabat pun kerja ada sikit je. Yelah merata tempat pun masih ramai yang buat BDR kan. Kerja ada tak sebanyak selalu.
Disebabkan bila BDR aku tak ke mana, jadi selain gambar makanan, pokok tepi rumah, Aiyan dan anak kucing yang akan ada dalam blog aku ni ye. Harap kawan-kawan tak bosan la ye. Kucing ni memang suka duduk tempat tinggi kan, selain memang sifat semulajadi, ini menunjukkan hierarki atau memang dia orang suka tengok pemandangan dari tempat tinggi heheheh.
Ini antara beberapa gambar yang aku dan Edy ambil. Dia orang kan tidur kat belakang rumah, jadi pagi lepas aku dah siap masak sarapan dan kemas rumah dalam pukul 9 atau 10 baru akan buka pintu dapur untuk beri mereka masuk rumah. Masa tu memang nampak dia orang lepak atas ini selain atas mesin basuh.
|
ada 3 ekor tau, yang seekor lagi tu tengah nak turun bila nampak aku bukak pintu |
|
geram tengok muka 2 ekor ni....
|
|
ini Edy yang amik gambar minggu lepas, masa dia yang kene BDR
|
|
ada 3 ekor tau dalam gambar ni, nampak tak? |
|
nampak kan hehehehe... masa ini cik tam dah menderu masuk rumah, dia paling laju masuk rumah bila bukak pintu
|
|
minggu lepas aku dan Edy timbang berat budak-budak ni... cik tam 2 kg
|
|
cik Teh 2.1kg dia paling berat antara 4 beradik
|
|
cik Bu pulak 1.7kg paling ringan.. memilih makan
|
|
cik Mot 1.8kg...
|
|
pantang nampak orang buat kerja kat luar, atau nampak orang menyapu mesti dia orang akan berhimpun untuk tengok... kaki bawang betul tau korang ni
|
rasa nak gigit je tapak kaki cik teh tu!
ReplyDeletekuat melawan tu, kalau kita bebelkan dia... dia tutup mulut kita dengan kaki belah depan tu
Deletecomelnya kucing berhimpun depan pintu tu.. ni geng mesyuarat tingkap nih!
ReplyDeletegeng mesyuarat tepi grill semua nih...
Deletegelihati tengok mata cik bu menjeling dari atas masa gambarnya diambik :-)
ReplyDeleteheheeh bengang sebab lambat sgt bukak pintu dapur
DeleteRupanya tidur belakang rumah. Sebelum ini ingatan tidur dalam rumah.
ReplyDeletetak sanggup nak letak kat dalam rumah, risau kita tidur dia buat sepah kita tak tau ... letak belakang rumah open air
Deletesy masi wfh huhu kadang bosan jugak hari2 kena submit report.. sometime fikir mau resign pun ada haha
ReplyDeletecomel ja kucing2 tu..bersih bulunya
akak kerja di pejabat ikut jadual, selalunya akak pilih selasa dan jumaat untuk kerja di pejabat
Deleteamboi tinggi nya port lepak haha :)
ReplyDeletediaorang suka tengok pemandangan kak
DeleteHehe, comei 4 beradik. cik Bu muka nakal. :D
ReplyDeletehehehe kalau ikutkan paling nakal cik tam tapi cik bu memang muka nakal, pantang kita bebel tak lama tu kita jalan dia gigit kaki kita
DeleteBerbaring berbaris kat atap tu.
ReplyDeletelepas tu buat muka belagak pulak bila nampak kita nak ambil gambar
Deletecomelnyaaa kucing warna putih cute miut
ReplyDeletePaling nakal pun iya
DeleteAlolo manja2 kucing2 tu. Boleh jadikan terapi bila layan kucing2 kan
ReplyDeleteBetul tu kak cuma bila time dia bt sepah...geram
Deleterare tempat lepak kucing. Tapi itulah kesukaan kucing kan. gigih dia panjat.
ReplyDeleteBetul tu...lg tinggi lg suka dia
Deletecute2 lah kucing dana ni, 4 dif color. cik tam saya 5kg! if dia tgk kucing dana ni mesti dia nak buli.. hehe
ReplyDeletebetul kak dana..bulus2 mmg suka tempat tinggi2..saya kdg2 tu boleh tgk kucing jiran rumah depan sebrang jalan duk bersantai2 atas bumbung hahaa saya perati jer ^_^
ReplyDeleteBDR ni actually byk masa dgn family, boleh spent more time dekat rumah..tapi itu la.. kerja BDR ni double kan.. penat lagi dari kerja dekat office
ReplyDeletetengah tengok org sambil ngumpat lak tu.. nak nak kalau nampak spesis dia lagi ngumpat ngata gamaknya kan hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletePenghibur tambahan dalam rumah.
Kadang2 jadi penggeram tambahan dalam rumah
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
WA;+855969190856
Orang yang tak biasa ngan kucing macam Cik TK ni mesti terkejut2 la tengok kucing kat tempat tinggi macam tuuuu
ReplyDelete