Tuesday, December 22, 2020

KE PASAR TANI

 Assalamualaikum semua,

Sabtu lepas aku dapat ke pasar tani selepas setahun rasanya tak ke sana. Itu pun sebab jumaat tu Edy balik lewat malam jadi sabtu tu bolehla dia pergi agak lewat ke tapak projeknya. Kalau tak memang susah la nak ajak ke pasar tani dan lebih lagi masa PKP pasar tani tak buka.

Pasar tani budak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk, jadi aku je lah yang kene masuk ke sana. Penuh tangan kiri kanan, kat bahu lagi memacam rasa nak beli. Ini antara yang aku borong... kalau ikut kan banyak lagi nak beli tapi tangan tak muat dah nak pegang  😁


Kerepek belinjau beli sikit, ini antara sebab ke pasar tani... tauge, tempe, nasinimpit dan sate

Nasi lemak, kacang pool, pulut panggang, pisang emas 


Keledek, ubi kayu dan keladi

Kacang pool tapi telurnya tenggelam dah

30 comments:

  1. Seronok kan apabila dah lama tak ke pasar tani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, itu pun ingat nak beli pisang tanduk, beli sayur kampung tapi tak larat nak angkut hehehe

      Delete
  2. seronok ke pasar tani..mcm2 bole beli

    ReplyDelete
  3. seronok nya dana ke pasar tani, ni kat taman melawati kan, dulu masa duk ukay kak ana selalu pi pagi sabtu beli macam-macam bahan masakan kampung kat sana, gendek2 bawa beg plastik macam dana ni ler hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah pasar tani taman melawati paling dekat, setiawangsa tak pernah sampai... itulah kak lupa diri kejap dah ke pasar tani semua nak beli

      Delete
  4. Banyaknya. Hehe sesekali lama tidak pergi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, nasibla pergi sendiri... kalau ada edy mesti lagi banyak di borongnya

      Delete
  5. hahah klu pergi pasar tani mmg rambang mata kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya, akak lauk ke apa jarang nak beli tapi suka beli tang benda yg susah nak dapat kat kedai biasa

      Delete
  6. kepek belinjau tu sodap ehhhh..
    kalau ammi gi pasar tani mmg ammi ngekor blakang pak incik je..tak reti wei nak memilih. teruk betul perangai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ammi kegemaranku itu
      hehehe dana kalau di biarkan bebas memang lupa diri, kadang kalau pergi dgn edy dia yg ingatkan kata nak beli cili dengan petai je tapi sedar-sedar 2 beg besar penuh dah

      Delete
  7. covid masih mengancam, patut waspada, stay safe
    tertanya kabar pasar sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih mengamalkan sop yang di beri walaupun ke pasar tani

      Delete
  8. pasar tani ni memang heaven.
    mcm2 ada terutama produk kampung. ulam2an.
    aida pun da nak masuk 1 thn ni tak ke pasar tani, Dana.
    ada je kat ayer keroh tu, under FAMA, tapi tu la, covid ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, tp sop kat psr tani pun ketat... orang pun tak ramai macam selalu

      Delete
  9. Tu dia, amik kau sekali dapat borong, tu pun ksta dah tak muat tangan ye, agak kalau ada tempat letak barang yang boleh tarik tu mesti banyak lagi diborong ye, hehe.
    Keladi tu sedap digoreng pastu cicah sambal kicap, dap weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak nak kene cari troli yg biasa nyonya bawa tu, memang niatnya nak goreng keladinya n cicah sambal

      Delete
  10. kesian Aiyan tak dapat ikut.
    Gambar dia pun takde.

    ReplyDelete
  11. Wah meriah belian di pasar tani. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  12. Tak berbaloi masuk pasar kalau beli sikit-sikit.

    ReplyDelete
  13. Ala.. jelousnya tengok kacang pool tu.. last makan dekat cyberjaya.. sedap owh..

    ReplyDelete
  14. sedap ke kak dana..kacang pool..mcm xpernah makan lg ni..

    ReplyDelete
  15. sejak2 covid sy suda lama nda pergi pasar

    ReplyDelete
  16. Best sekali dapat ke pasar tani. Macam macam nak dibeli barang dapur sebab banyak pilihan. Lagi pulak bila lama tak pergi. Banyak memborong jadinya :)

    ReplyDelete
  17. Tak pernah cuba lagi kacang pool

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...