Monday, December 7, 2020

WANPAKU SANDWISH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, esok baru ke pejabat. Hari jumaat lepas aku dapat berita sedih, boss kesayangan dapat naik pangkat dan akan ke JUPEM Pahang. Sedihnya rasa sepanjang 4 orang boss yang aku jaga, diala yang paling mudah untuk dijaga. Sangat memahami, bertolak ansur memang susah nak jumpa boss macam dia. Nanti entri lain aku kongsi gambarnya.

Aku ni kan jenis orang yang agak ketinggalan bab viral. Orang dah puas makan aku baru terhegeh. Wanpaku sandwish ini pernah viral dalam tahun ini, masa tu macam-macam gaya orang buat. Tapi aku tak pernah buat, cuma baru ini ada kawan jual. Dan aku beli 1 wanpaku ini RM10, tak tau la harga ok ke tak janji sedap kira ok je.

KAwan aku tak letak sos, sos nya asing

Memang puas makan, besar betul dan banyak sayur


Memang sesuai untuk yang berdiet, ada telur goreng, chiken slice dan keju yang lain sayuran


33 comments:

  1. sandwich wanpaku ni memang mengenyangkan sampai ke petang ni Dana dan kalau diet mmg sandwich ni sangattt sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, lagi lah dia tak boh sos sekali itu yang kira menyihatkan

      Delete
  2. nampak sedap sandwich tu terpaku pandang

    ReplyDelete
  3. dulu masa tengah viral pernah lah sekali dua buat Dana pas tu ermmm.... haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana lagi tak pernah buat kak.. kalau buat yang makan kita sorang jelah

      Delete
  4. Sedap wanpaku ni... sgt healthy dan mengenyangkan.

    ReplyDelete
  5. moga dapat pengganti bos yang lebih baik..
    sama la saya pon bukan tau sangat yang viral

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga bos nanti lebih baik dr yg sekarang atau sama mcm yang ada nih...
      akak tahu lama dah viral2 tapi tak beria nak cari

      Delete
  6. Warna-warni...nak makan pun sayang 🤣

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. itulah kalau nak buat sendiri idokla rupa gini

      Delete
  8. Berpatutan dengan harga. Akak pun pernah beri harga RM10.

    ReplyDelete
  9. nak buatlah... esok nak cari sayur. dalam peti ada kangkung dgn bayam je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat utk mak pak jelah kot, kalau anak yang suka makan sayur ok heheheh

      Delete
  10. Ada kakngah akak kat kampung buat benda ni la jual. Tapi dia punya harga, harga kampung la. Biasa la kalu orang kampung ni rm5 pun dah mahal. Jadi nak letak bahan pun tak boleh lebih2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham kak... kalau rm10 mahu tak laku jadinya kan nanti

      Delete
  11. Meriahnya wanpaku sandwish. Makan sekeping pun boleh kenyang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... 1 keping makan bfast 1 keping lagi lunch

      Delete
  12. Replies
    1. kalau yang tak suka sayur atau salad memang idok la makan nih kak

      Delete
  13. bgus untuk diet ni !! dan yang penting cepat kenyang

    ReplyDelete
  14. ooo bos akak da naik pangkat..alhamdulillah..mudah2an akan ada bos yang baik juga menjadi pengganti nanti...

    wanpaku ni pernah try sekali je dulu kawan beli dari kawan dia..sedap jugak..

    ReplyDelete
  15. Suka plak wan paku tu...lama x makan..masa mula2 viral rajin akak order

    ReplyDelete
  16. Saya pun ketinggalan jugak kak. belum mencuba lagi wanpaku viral ni.
    Alahaii sedihnya bila boss yang best dah nak berpindah. harap boss baru juga best.

    ReplyDelete
  17. Adoi.. lapar pulak malam-malam ni.. !

    ReplyDelete

  18. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  19. Tak pernah rasa lagi wanpaku sandwich ni. Nampak sedap sangat!!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...