Friday, December 11, 2020

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT CARA DANA

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang indah. Hari ini kerja di pejabat, hilang strees kejap bila kerja di pejabat ni. Heheheh... 

Hari ini aku nak kongsi cara aku masak ayam goreng kunyit. Bukan goreng ayam dengan kunyit dan garam tu tau. Selain ayam aku biasa juga masak dengan udang dan daging cara sama je. Cara aku memang mudah dan ringkas dan selalunya memang dapat sambutan 😁😁.

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam, potong dadu ( boleh jugak guna bahagian lain)

1 biji bawang besar  , hiris nipis

3 ulas bawang putih, hiris nipis

4 biji cili api bangla, hiris serong

1 sudu besar serbuk kunyit

Garam

3 sudu minyak masak

4 batang kacang panjang

1/2 batang lobak merah, potong ikut suka

Cara masak:

-  Campurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam gaulkan hingga sebati biarkan untuk 10mimit

- Gorengkan ayam dengan minyak tadi gaulkan hingga rata dan tutupkan penutup kuali , buka tutup dan kacau lagi ayam bila dah nampak ayam separuh masak.

- Masukkan bawang merah bawang putih dan cili api, gaulkan dan kacau hingga sebati dan tutupkan lagi penutup kuali untuk 5minit.

- Buka penutup dan masukkan kacang panjang dan lobak merah, kacaukan rata tutupkan penutup sekejap lepastu buka gaulkan dan matikan api. Aku suka sayur yang masih lagi ranggup.

Bahan utama nya ya

Gorengkan ayam dengan kunyit gini

Ayam dah setengah masak baru kita masukkan bawang semua

Gaulkan rata tau, yang hijau tu daun bawang putih... saja je masukkan sebab ada 

Bila dah macamni masukkan lah sayur tu pulak ya

Lobak tu potong ikut suka... aku suka masukkan akhir kalau nak masuk sekali dengan bawang pun boleh

Dah siap.... 

Siap sudah... senang je 

Ini warna real... selamat mencuba


41 comments:

  1. Waa.. senang sangat cara Dana masak ni.. lepas ni, nak masak cara Dana ni saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kalau cara susah bukan dana lah namanya hehehehe

      Delete
  2. senang je masam ayam goreng kunyit ni :)

    ReplyDelete
  3. Mudah. Bahan-bahan selalu ada.

    ReplyDelete
  4. Akak suka ayam goreng kunyit ni,anak akak selalu buat kalau akak teringin.Tapi tu lah bujang bongsu akak ni tak makan sayur ,dipilih nya ayam je ,sayur di tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh macamtu emaknya makan sayur goreng kunyitlah bukan ayam goreng kunyit

      Delete
  5. atie pernah masak sotong kunyit... pastu terlebih garam ,then lepas tu tak pernah masak dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garam tu bg sikit je sbb masakan ini jenis kering

      Delete
  6. wuuu..nyum nyum nyum sedapnyaaa...rasa lapar pulak salam singgah bw here

    ReplyDelete
  7. Sedapnya, Dana. Boleh la cuba. Akak jarang masak camni. Balik-balik kari, bosan juga. :)

    ReplyDelete
  8. Anything with ayam memang sedap kan dana, masak ringkas2 macam ni memang sedap makan dgn nasi panas, dah cukup lengkap ada sayur sekali. Oh ye..cili api bangla tu camane dana? Akk baru first time dengar cili api bangla, bangga bangla cili ada nama dia, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... ini kira lauk dan sayur lah kan... cili bangla ni cili api merah menyala asal bangla dan rasa pedas sangat

      Delete
  9. Makan dgn nasi panas2 pun sedap kak dana :)

    ReplyDelete
  10. tetiba lapar ni Dana. Mmg sedap kaalau letak bawang besar banyak2 kan.

    ReplyDelete
  11. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Selalu memang gini kak baru lengkap kononnya...ada syr n lauk

      Delete
  13. Sedapnya! Masak sekali harung begini senangkan Dana, ada ayam, ada sayur sekali. Makan dengan nasi putih... aduhai enak banget!

    ReplyDelete
  14. Wah senangnyaa!! Makan dengan nasi panas pergghh sedapnya!!! Nanti Cik TK nak try cara yang ni!

    Cik TK baru pertama kali dengar cili api bangla. Rasanya macam mana tu kak? Lagi pedas dari cili api biasa ke?

    ReplyDelete
  15. Nanti cuba tau, cili api bangla ni cili yg warna merah menyala mmg lg pedas dr cili api biasa... dan dia mmg dr bangla

    ReplyDelete
  16. Nak cuba cara Danalah.. selalu ayam masuk kemudian.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Kalau macam ni akak selalu guna bahagian dada...sedap...

    ReplyDelete
  18. masakan ni biasa saya belasah aje ikut sukahati..hahahhaha..nanti boleh try resepi ni betul2

    ReplyDelete
  19. Suka juga masak ayam goreng kunyit macam ni. senang campak campak siap. menu 2 in 1 sekali dengan sayur. tapi saya letak cili api extra, pedas ikut selera :)

    ReplyDelete
  20. Sedap ini Dana. Anak² saya pun suka makan ayam goreng kunyit camni.

    Menu selamat bagi mak² sebab 2 in 1. Taknyah fikir nak masak sayur dah 😅

    ReplyDelete
  21. betul menu ni plg senang dah shida kerap buat hehee
    tp ayam tu shida goreng smpai garing skit.. :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...