Assalamualaikum semua,
Hari ini bersiaran dari rumah, kawan-kawan masak sarapan apa? Aku masak nasi lemak je pagi ni si hero minta nasi lemak tapi takde gambar. 😁
2 minggu lepas Edy ada belikan pisang tanduk lepas aku asyik berzikir suruh carikan. Teringin sangat nak makan kerepek pisang tanduk dari raya puasa lagi tapi takde dapat pisang tanduk mentah. Memang ada orang jual tapi kadang rasa masin sangat, tak gemor aku jadi aku sanggup lagi buat sendiri. Tak susah senang je, janji ada pisang penyagat dan minyak.
Mula-mula Edy beli 5 biji tapi besar dan panjang 5 biji pun jenuh nak siapkan |
Pisang pun dapat yang cantik warna nya |
Dah nak habis masa ni, malas nak tambah minyak lagi |
Selain Aiyan ini antara peminat maruku dan kerepek pisang maklongnya |
Khamis petang dalam pukul 6.45 macam tu dapat parcel dari kampung johor |
Petai tepi rumah dan kerepek pisang tanduk, bahagia rasa... 1 bekas untuk aku dan 1 untuk maktek |
Hari khamis petang sebelum dapat parcel dari kampung Edy ada beli pisang lagi sebab kerepek kat rumah dah habis, Edy beli 8 biji kali ni |
Sabtu pagi baru kopek kulit dia tengahari tu baru mula buat kerepek |
Pisang kali ini agak pucat... tapi sedap je tengok Aiyan ngap krup krap krup krap |
pisang tanduk ni sedap bila direbus :) mak mertua sllu bt mcm tu...
ReplyDeletetak pernah pulak cuba pisang tanduk rebus, kalau pisang nipah tu biasa nampak orang rebus
DeleteRindu nak makan kerepek pisang tanduk! Time raya saja baru jumpa, itupun kalau balik Malaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat rezeki petai juga. Besar matanya. Nak masak apa dengan petai tu Dana?
di sana takde pisang tanduk ke kak? kot ada pisang lain yang boleh di jadikan kerepek layan jugak kak...
DeleteSedapnya kerepek pisang tanduk, mahal tau dana org jual rm18 setengah kg, teringin juga nak buat. Mcm senang je tu, hihi
ReplyDeletehuih mahal yek... yelah nak cari pisang tanduk ni susah jugak kak itu agaknya mahal
DeleteAkak sarapan cekodok nasi pagi ni Dana.Banyak pulak lebihan nasi smlm,jemu pulak asyik nasi goreng.
ReplyDeleteKerepek pisang tanduk memang sedap .Kat tempat akak ni susah nak cari pisang yg muda .Kalau untuk goreng tu banyak lah.Puas kan kalau dapat goreng sendiri,boleh ikut citarasa kita.
sedap cekodok nasi tu kak... kenyang
Deleteitulah kadang memang susah nk cari pisang tanduk yang muda
fav kerepek pisang tanduk...dlu2 mak akak slalu wat....kunyah2 ni mmg tk sedar tgk2 sekejap je abis sebalang hehe
ReplyDeletebetul, ini menu utama waktu raya... tiap tahun emak mesti buat
Deletesedapnyaa
ReplyDeleteye betul tu krup krap krup krap habis
DeleteKEREPEK PISANG TANDUK NI MEMANG SEDAP
ReplyDeletebetul tu kak PI
Deleteuish pandai nya buat sendiri..jimat duit..kena dengan selera tekak kita pula kan
ReplyDeletesenang je dik oi, tak la jimat sangat sebab pisang tanduk ni sekilo RM8
Deletefresh2 makan sedap ek Dana.. licin sebalang. tak sedar.
ReplyDeletetulah kak buat sekejapan je Aiyan habiskan
Deletejanji rajin semua boleh
ReplyDeletebetul tu, tapi kalau tak rajin beli pun boleh
Deletehhehehe senang je kak , tak duduk lama depan api... lepas dah sagat dana tinggal je jenguk kejap2 je sampai garing
ReplyDeletePuas betul makan kerepek. Rumah akak pun pokok pisang banyak berbuah.
ReplyDeletebetul tu buat sendiri puas makan, kalau ada tanam pisang tanduk boleh la buat kerepek kak, kalau jual pun mahal susah nak jumpa
DeleteKerepek pisang tanduk dan petai ke dua ni mencari teringin makan.
ReplyDeleteDlm byk2 pisang mmg pisang taanduk paling awesome buat kerepek
ReplyDeleteSedap kerepek pisang tanduk. Kalau kat kedai mahal harga kerepek pisang tanduk. Lebih berbaloi ni buat sendiri. Dapat lagi stok dari kampung. bahagia aiyan dapat kudapan kerepek pisnag tanduk.
ReplyDeletesedap kerepek ni..buat jajan mlm2 buat layan drama..mau habis sebekas kak dana ^_^
ReplyDeletepetai tu... huhuhuhu tiba2 rasa mcm nak makan sambal udang petai pula
ReplyDeleteKerepek buat sendiri paling best, kan Dana. Akak pun ada juga buat kerepek dulu. Tak letak garam pun. Rasa semulajadi pisang dan kerangupannya dah cukup. Memang cepat habis. Hehe.
ReplyDeleteSedap kerepek ni! Makan sambil tengok tv kejap je habis!
ReplyDelete