Assalamualaikum semua,
Hari ini kita bersiaran dari pejabat ya. Selepas seminggu tak datang pejabat, hari ini baru jenguk pejabat.
Hari ini aku nak kongsi cara aku masak roti john, cara mudah dan ringkas tapi sedap. Roti john ni kan selalu kalau bulan puasa mudah jumpa kalau tak bulan puasa kadang susah sikit nak jumpa. Cumanya aku tak berapa suka roti john yang terlalu banyak sos nya, sampai susah nak pegang.
Oklah jom kita tengok resepi aku
Bahan-bahan:
4 keping daging burger Ramly
3 ulas bawang putih, cincang
2 biji bawang merah besar, cincang
(bahagi kepada 2, 1 bahagian untuk masak dan 1 bahagian untuk guna mentah)
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
2 sudu besar kari daging , bancuh dengan air
Sedikit serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
6 biji telur
Roti panjang
Garam secukupnya
Cara Masak:
- Tumiskan bawang putih, bawang merah, tomato, daun bawang dan sedikit serbuk lada hitam hingga layu
- Masukkan kari gaul sekejap dan masukkan daging, kacau hingga sebati dan tutupkan kuali untuk 10 ke 15minit supaya daging masak.
- Tambahkan sedikit garam dan kacau supaya sebati, bila daging dan masak, angkat dan sejukkan sebentar
- Dalam mangkuk lain pecahkan telur 4 biji dan masukkan bawang mentah dan inti daging, gaulkan hingga sebati
- Gunakan kuali kecil yang `non stick` sapukan sedikit minyak dan masukkan 2 senduk bancuhan telur tadi, masakkan dengan api kecil bila dah nampak agak kering, letakkan kepingan roti di atasnya dan tekankan sedikit
- Bila dah nampak kering telur, terbalikkan roti, supaya roti tu ranggup sikit, dan boleh angkat
- Letak la mayonis dan sos cili siap... tapi kalau ada yang suka letak sayur-sayur boleh je. Aku suka buat yang kering macamni jadi dia tahan lama sampai ke petang pun masih elok lagi.
*Inti tu boleh je kalau nak tambah sayur, kobis, timun atau tomato. Tambah keju pun boleh kalau nak takde masalah sebab kita yang buat sendiri kan heheheh.
ini bahan-bahannya |
Tumislah ia hingga layu ye atau hingga tomato tu hancur |
masukkan kari kacau lagi |
daging ni patutnya hancurkan lagi, tapi aku ini kan rajin... jadi besar-besar gini je pun boleh |
Bila dah masak di akan sedikit berminyak, minyak daging tu keluar... angkat dan sejukkan sikit |
aku akan potong roti macamni, jangan potong sampai hujung tu |
telur +bawang+ daging, telur ini memang kene guna banyak tau |
kita masak dalam pan guna api kecil tau |
letakkan roti masakkan hingga masak telur tu |
terbalikkan supaya roti tu pulak jadi garing, kita tekan sikit tau |
angkat kat pinggan, bohla mayonis dan sos cili |
aku suka roti tu jadi garing gini... lepas ni potong lah 2 |
ini untuk Aiyan, dia nak mayonis je, kadang aku guna telur dia je tak boh daging sebab dia tak suka... |
dah potong dua, bolehla simpan dalam bekas tertutup supaya lembut je |
Roti john ini boleh letak apa-apa kita hendak.
ReplyDeleteSamalah dengan Dana tidak suka sos sampai lencun roti,rasa daging dan telur tidak dapat rasa.
itulah buat sendiri lagi puas
Deletebuat sendiri puas hati.. blh letak isi banyak2..
ReplyDeleteya betul tuh
DeleteNampak sedap! Nanti try heheh
ReplyDeleteselamat mencuba
Deleteslalu tgk org share psl roti john ..tk try lagi..wat sdiri bahan2 bole ltk extra....yummy222..akak suka extra sos & mayonis
ReplyDeletebuat sendiri lagi puas hati kak... boleh boh macam2
Deleteteringin la pula...nanti nak buat lah. best ni buat dinner pun
ReplyDeletecuba tau UN, mesti anak-anak suka nih...
DeleteOo boleh guna daging burger ya..boleh lh budak2 ni buat sendiri...terimakasih kongai resepi Dana,boleh jadi rujukan anak2 akak.
ReplyDeleteboleh kak, kita buat dia... guna je apa janji sedap hehehhe
Deletewaalaikummusalam
ReplyDeletewah,senang je ya
nanti nak try buat
terima kasih kongsi resepi
iya, senang je nak membuatnya...selamat mencuba
Deletesedapnya buat sendiri. boleh adjust inti kan kak Dana. Tapi, tak rajin lah pulak. hihi
ReplyDeleteMinggu lepas beli roti panjang, nak buat juga, last2 makan camtu aje, haha..itulah bahaya bila ada penyakit M ni. Dana ni rajin masak2 kan, kalau dekat sure buat muka tak malu huluq pinggan dah, hihi
ReplyDeletekecur air liur abe kie tgok. semlm isteri buat roti john simple je. x de bungkus dgn telur bagai. tp masih sedap sbb lapar mlm2 ni.
ReplyDeleteSedap tu sesekali buat roti john sendiri. kalau saya, kena ada extra sayur :)
ReplyDeleteaida pun kerap buat roti john sendiri.
ReplyDeletemudah dan murah. pastu, ikut la pe yg kita nak dlm tu.
nak sayur ke.
tak nak sayur ke.
sayur byk ke.
Sedapnya kak dana, kalau boleh pos ni, dah mintak day ji 😝
ReplyDeleteTerima Kasih kongsi idea masa ni dah buntu nak buat breakfast apa setiap hari masa PKPB ni. Elok masa sendiri dapat rasa intinya biasa sos banyak sangat sampai rasa sos je kan.
ReplyDeleteROTI JOHN DANA PANDANG SAJA DAH TERLIUR
ReplyDeleteSenang jew nak buat roti john ye Dana. Kalau bulan puasa memang ini salah satu juadah wajib ada atas meja.
ReplyDeleteAssalamualaikum, wah, salah satu idea masak sudah mariiii.... terima kasih share.
ReplyDeleteroti john feveret ni, akk kalau buat roti john kadang suka tambah sayur sikit macam kobis atau timun.Bila buat sendiri memang puas hati.
ReplyDeleteSedapnya. Buat sendiri lagi puas hati kan. Boleh buh daging banyak. Hehe
ReplyDeletekdg2 yg beli tu rasa telur dan bawang ja..takde daging/ayam pun
ReplyDeleterajin betul buat sendiri dekat rumah.. puas dpt makan klu buat sendiri kan
ReplyDeleteSedap.. sedap.. kalau buat cengginie memang kena guna telur banyak.. Baru best,..
ReplyDeletePuas hati kan..buat sendiri nk skit ke byk ke tebal ke kan kak dana..
ReplyDeleteYeay dah dapat resepi....nak buat la nanti weekend ni....buat sendiri puas..bleh makan banyak2 kali kan..buat sarapan pun sedap ni...atau buat untuk minum petang
ReplyDeletetak pernah lagi buat roti john sendiri, gigih saya baca step by step..rasa nak buat la nanti
ReplyDelete