Assalamualaikum semua,
Selamat berjumpa semula kawan-kawan di pagi jumaat yang indah. Hari ini nak kongsi resepi apa yek, banyak hari duduk rumah banyak masa masak dan jahit extender bunga labuci. Alhamdulillah rezeki musim PKPB.
Kali ini aku cuba buat kek pisang kukus, mudah je caranya kisar je semua bahan. Lepas tu kukus, biasa bakar je dengan oven. Memang sangat mudah, boleh cuba nanti.
*Ada yang tanya pasal batang ubi kerenteng tu, itu aku belikan untuk emak kat kampung. Pesan di shopee je keratan ubi tu untuk emak tanam, sebelum ni aku pernah cerita kat emak aku tanam ubi tu dan daunnya sedap, cepat lembut itu yang emak nak tanam juga. Jadi keratan tu nanti cucuk jelah kat tanah tunggu sampai keluar daun, bukan la untuk di minum ke apa batangnya tu.
Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan yang masak- di lenyek
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 mangkuk kecil coklat coin berlys
Cara Masak:
- Masukkan telur dan gula dalam blender kisar hingga kembang
- Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla dan kisar kejap
- Masukkan pisang yang dah di lenyek kisar kan sekejap
- Dalam bekas besar ayak tepung dengan soda bikarbonat dan baking powder, masukkan bahan yang kita kisar dan kaup balik kan semua bahan hingga sebati
- Akhir sekali masukkan coklat dan boleh masukkan dalam bekas yang dah di sapu dengan minyak
- Masak untuk 20 ke 30 minit atau hingga masak
bahan-bahan utama |
tepung yang kita dah ayak dengan soda bikarbonat dan baking powder |
kita kisar je semua |
tuangkan dalam bekas tepung tadi |
kaup balik kan hingga sebati... |
boleh la masukkan coklat ini, saja tambah beli dah lama coklat ini |
saja letak coklat atas tu |
Add caption |
siap sedia untuk dikukus |
lepas siap di kukus |
rupa bila dah siap di potong |
nasibla cantik kejadiannya |
makan waktu panas-panas suam memang layan |
bawak ke pejabat sikit esoknya |
sedap tu kek pisang..nk plak ltk coklat tu ..yummyyy
ReplyDeleteitulah kak, sekejapan je habis
DeleteRajin Dana buat kek pisang. Sekarang adik yang tengah tunggu masuk kerja yang rajin buat masak kek ni, Kak Tukang rasa je.
ReplyDeletesaja mengisi masa lapang kak oi hahahha
DeleteThank you resepinya 😍
ReplyDeletesama2 hheehe
DeleteKalau baru keluar oven...fuhh baunya semerbaj,kan..sedap mkn panas2
ReplyDeleteya betul tu kak
DeleteSuka makan panas-panas, lembut sahaja.
ReplyDeleteya betul... itu pasal sekejapan habis 1 bekas
Deleteyummy! kek pisang mmg favorite ! then boleh buat sendiri.. senang je eh rupanya
ReplyDeletesenang je dik oi... percayalah
DeleteOk..boleh cuba ni nnti..
ReplyDeletecuba jangan tak cuba
DeleteLama tak buat apam pisang..
ReplyDeleteAkak nak cepat mkn je..
Jadilah lempeng pisang 😂🙈
heheheh janji ada pisang nya ye kak
DeleteBiasa buat kek pisang bakar guna oven. Nnti boleh cuba buat yang kukus pulak :)
ReplyDeletesesekali nak rasa moist lain bila kukus
DeleteNampak mudah je kak dana buat hehehe
ReplyDeletewah letak coklat.. menarik ni
ReplyDeleteSenang buat kek pisang. Saya suka blend kasar sikit. Cara kukus ni sedap, lebih fluffy. Tapi saya suka bakar guna oven 😊
ReplyDeletesenang je nak buat kek pisang ni, kisar je semua bahan. boleh cuba nanti :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteNampak sedap. Pandai Dana buat kek. :)
ReplyDeletepernah gak buat kek pisang ni, tp tak pernah cube yg kukus.. semuanya bakar. next time bole cube kukus plak
ReplyDeleteDana! akak pun selalu buat kek pisang tapi kukus tak pernah. Selalu masuk oven jer..heheh..next time boleh la dicuba.
ReplyDeleteSodapnya.. Tambah ada coklat.. Pergh!! Maveles..
ReplyDeletesedapnya kek pisang tu..kak dana!
ReplyDeleteKek pisang coklat!! Boleh bayangkan, sedapnya kak dana!!
ReplyDeleteTerserlah kegebuannya dana
ReplyDeleteBestnya kalau pandai baked..kak SA x pandai..masak lauk pauk memang bagi kat akak la...
ReplyDeletesuka kek pisang macam ni..nampak moist sgt..
ReplyDelete