Friday, November 6, 2020

RESEPI KEK PISANG KUKUS (CARA KISAR)

 Assalamualaikum semua,

Selamat berjumpa semula kawan-kawan di pagi jumaat yang indah. Hari ini nak kongsi resepi apa yek, banyak hari duduk rumah banyak masa masak dan jahit extender bunga labuci. Alhamdulillah rezeki musim PKPB.

Kali ini aku cuba buat kek pisang kukus, mudah je caranya kisar je semua bahan. Lepas tu kukus, biasa bakar je dengan oven. Memang sangat mudah, boleh cuba nanti.

*Ada yang tanya pasal batang ubi kerenteng tu, itu aku belikan untuk emak kat kampung. Pesan di shopee je keratan ubi tu untuk emak tanam, sebelum ni aku pernah cerita kat emak aku tanam ubi tu dan daunnya sedap, cepat lembut itu yang emak nak tanam juga. Jadi keratan tu nanti cucuk jelah kat tanah tunggu sampai keluar daun, bukan la untuk di minum ke apa batangnya tu.

Bahan-bahan:

5 biji pisang berangan yang masak- di lenyek

1/2 cawan gula

2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 cawan tepung gandum

1 mangkuk kecil coklat coin berlys


Cara Masak:

- Masukkan telur dan gula dalam blender kisar hingga kembang

- Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla dan kisar kejap

- Masukkan pisang yang dah di lenyek kisar kan sekejap

- Dalam bekas besar ayak tepung dengan soda bikarbonat dan baking powder, masukkan bahan yang kita kisar dan kaup balik kan semua bahan hingga sebati

- Akhir sekali masukkan coklat dan boleh masukkan dalam bekas yang dah di sapu dengan minyak

- Masak untuk 20 ke 30 minit atau hingga masak

bahan-bahan utama


tepung yang kita dah ayak dengan soda bikarbonat dan baking powder

kita kisar je semua

tuangkan dalam bekas tepung tadi

kaup balik kan hingga sebati... 

boleh la masukkan coklat ini, saja tambah beli dah lama coklat ini

saja letak coklat atas tu
Add caption

siap sedia untuk dikukus
lepas siap di kukus


rupa bila dah siap di potong


nasibla cantik kejadiannya 

makan waktu panas-panas suam memang layan

bawak ke pejabat sikit esoknya

31 comments:

  1. sedap tu kek pisang..nk plak ltk coklat tu ..yummyyy

    ReplyDelete
  2. Rajin Dana buat kek pisang. Sekarang adik yang tengah tunggu masuk kerja yang rajin buat masak kek ni, Kak Tukang rasa je.

    ReplyDelete
  3. Kalau baru keluar oven...fuhh baunya semerbaj,kan..sedap mkn panas2

    ReplyDelete
  4. Suka makan panas-panas, lembut sahaja.

    ReplyDelete
  5. yummy! kek pisang mmg favorite ! then boleh buat sendiri.. senang je eh rupanya

    ReplyDelete
  6. Lama tak buat apam pisang..
    Akak nak cepat mkn je..
    Jadilah lempeng pisang 😂🙈

    ReplyDelete
  7. Biasa buat kek pisang bakar guna oven. Nnti boleh cuba buat yang kukus pulak :)

    ReplyDelete
  8. Nampak mudah je kak dana buat hehehe

    ReplyDelete
  9. Senang buat kek pisang. Saya suka blend kasar sikit. Cara kukus ni sedap, lebih fluffy. Tapi saya suka bakar guna oven 😊

    ReplyDelete
  10. senang je nak buat kek pisang ni, kisar je semua bahan. boleh cuba nanti :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap. Pandai Dana buat kek. :)

    ReplyDelete
  12. pernah gak buat kek pisang ni, tp tak pernah cube yg kukus.. semuanya bakar. next time bole cube kukus plak

    ReplyDelete
  13. Dana! akak pun selalu buat kek pisang tapi kukus tak pernah. Selalu masuk oven jer..heheh..next time boleh la dicuba.

    ReplyDelete
  14. Sodapnya.. Tambah ada coklat.. Pergh!! Maveles..

    ReplyDelete
  15. Kek pisang coklat!! Boleh bayangkan, sedapnya kak dana!!

    ReplyDelete
  16. Bestnya kalau pandai baked..kak SA x pandai..masak lauk pauk memang bagi kat akak la...

    ReplyDelete
  17. suka kek pisang macam ni..nampak moist sgt..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...