Assalamualaikum semua,
Musim PKPB ini anak-anak la yang paling bosan. At least kita ni bolehla jugak keluar untuk kerja tapi diaorang kene duduk rumah je.
Sebab tu Edy selalu akan hantar aku pergi kerja dapatla Aiyan jalan-jalan walaupun dalam kereta. Satu lagi bila Farah Aisyah datang rumah, ada lah kawan dia. Kadang bila cikgu bagi kerja sekolah atau kuiz, adalah aktiviti lain. Selain layan kartun, main game setiap hari mesti suruh dia buat latihan sendiri di rumah.
|
dia tengah sekodeng cik teh bawah sofa tu |
|
beria betul kan... kita panggil-panggil pun dia tak layan
|
|
bila layan didi and friends... apa lagi menari lah dua orang ni
|
|
memang tv tu dia orang je lah yang tengok |
|
antara aktiviti yang buat di rumah dengan kawan-kawan kelasnya
|
Kesiannya Aiyan terperap kat rumah ya.Nasib baik ada kawan .Ya lah kita orangtua pun bosan apatah lagi budak2.
ReplyDeleteitulah kak... nk jalan-jalan ajak main kt luar rumah tingkat
DeleteNasib baik Aiyan boleh ikut hantar kerja. Dia minat Didi rupanya.
ReplyDeleteitulah, dapat la dia kuar jugak walaupun dlm kereta, dia semua kartun dia minat hehehe
Deleteibubapa pun kadang2 kering idea nak bagi anak buat apa musim PKPB nih, kalau ada kerja sekolah boleh uga dia belajar dan ulangkaji lepas tu sambung tengok youtube hehe
ReplyDeleteitulah dia, nak bg aktiviti pun kadang takde idea dah kita nih...
Deletenasib baik la ada kawan sudi mai uma main kan, kalau tak bosan.. kesian dia..activities dalam rumah pon aja saja yang boleh buat sngt ... budak2 cepat bosan :(
ReplyDeleteitulah sebab sepupu tu pun dah bosan duduk umah, sikit-sikit kata maklong maklong itu yg bawak lah jalan umah makciknya
Deleteye lah kan kak..budak budak cepat bosan kalau lama sangat tak keluar rumah. kena ada aktiviti ada geng okay lah hilang sikit bosan.
ReplyDeletekita ni pun kalau lama sgt duduk umah boleh bosan ini kan pulak budak2
DeleteBetul tu Dana. Kesian anak-anak duduk memerap di rumah. Balik-balik mengadap kerja rumah online yang guru beri. Firdaus pun dah berbulan memerap di rumah sejak pertengahan September. Rambut pun dah panjang ...ahaks!
ReplyDeleteitulah kak, nsblah abang-abang firdaus ada kat rumah ada lah kawan dia... kalau tak lg sunyi
DeleteYang dah remaja ni lain sikit Dana depa asyiklah duk layan game online huhuhuu...
ReplyDeleteStudy online tu nak kena calling-calling kalau tak dibantainya tertidur huhuhuhu...
hehehe tapi senang nak jaganya kak cuma kene pantau jugak lah
Deletememang kesian.. Tu kadang bawa juga diorang ke depan rumah.. Biar hirup udara dan kena cahaya matahari..
ReplyDeletebudak2 pon bosan dok rumah x buat apa2 selain keje2 sekolah kann., ;p
ReplyDeleteBetul tu, kesian anak-anak duk terperap kat rumah. Selalu kata bosan. Kadang tu bagi juga dioarang keluar main depan rumah.
ReplyDeleteBudak-budak kecik memang kesian. Tapi anak-anak akak yang dah besar sikit tu, dia orang lagi suka duduk rumah. Bila pengumuman PKPB aritu, bukan main seronok deme. :D
ReplyDeleteharap aiyan xcepat bosanlaa..duk lama kat rumah ^_^
ReplyDeletekesian budak2 sekolah ni
ReplyDeleteCuti sekolah panjang sangat.
Sian budak-budak sekarang ini.Dok terperap je kat umah masa PKPB nie.
ReplyDeleteKesian budak2 bila terperap kat rumah. sedangkan kita yang dewasa ni pun bosan, cari macam2 aktiviti nak buat.
ReplyDeleteUntung aiyan ramai geng dtg umah main dgn dia
ReplyDeleteDida pun buat homework memang macam ni..siap kena buat lakonan..kakak dania tukang record. Kalau kakak dania takde memang tak jadi la dia buat apa pun..manja sangat..tapi kalau kakak dania ada..jadi cikgu...memang semua lakonan ke bercerita ke apa semua menjadi je...
ReplyDelete