Friday, November 20, 2020

RESEPI ROTI JOHN CARA AKU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kita bersiaran dari pejabat ya. Selepas seminggu tak datang pejabat, hari ini baru jenguk pejabat. 

Hari ini aku nak kongsi cara aku masak roti john, cara mudah dan ringkas tapi sedap. Roti john ni kan selalu kalau bulan puasa mudah jumpa kalau tak bulan puasa kadang susah sikit nak jumpa. Cumanya aku tak berapa suka roti john yang terlalu banyak sos nya, sampai susah nak pegang.

Oklah jom kita tengok resepi aku

Bahan-bahan:

4 keping daging burger Ramly 

3 ulas bawang putih, cincang

2 biji bawang merah besar, cincang

(bahagi kepada 2, 1 bahagian untuk masak dan 1 bahagian untuk guna mentah)

1 biji tomato, buang biji dan potong dadu

2 sudu besar kari daging , bancuh dengan air

Sedikit serbuk lada hitam

1 pokok daun bawang

6 biji telur

Roti panjang 

Garam secukupnya

Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah, tomato, daun bawang dan sedikit serbuk lada hitam hingga layu

- Masukkan kari gaul sekejap dan masukkan daging, kacau hingga sebati dan tutupkan kuali untuk 10 ke 15minit supaya daging masak.

- Tambahkan sedikit garam dan kacau supaya sebati, bila daging dan masak, angkat dan sejukkan sebentar

- Dalam mangkuk lain pecahkan telur 4 biji dan masukkan bawang mentah dan inti daging, gaulkan hingga sebati

- Gunakan kuali kecil yang `non stick` sapukan sedikit minyak dan masukkan 2 senduk bancuhan telur tadi, masakkan dengan api kecil bila dah nampak agak kering, letakkan kepingan roti di atasnya dan tekankan sedikit

- Bila dah nampak kering telur, terbalikkan roti, supaya roti tu ranggup sikit, dan boleh angkat

- Letak la mayonis dan sos cili siap... tapi kalau ada yang suka letak sayur-sayur boleh je. Aku suka buat yang kering macamni jadi dia tahan lama sampai ke petang pun masih elok lagi.

*Inti tu boleh je kalau nak tambah sayur, kobis, timun atau tomato. Tambah keju pun boleh kalau nak takde masalah sebab kita yang buat sendiri kan heheheh. 


ini bahan-bahannya

Tumislah ia hingga layu ye atau hingga tomato tu hancur

masukkan kari kacau lagi

daging ni patutnya hancurkan lagi, tapi aku ini kan rajin... jadi besar-besar gini je pun boleh


Bila dah masak di akan sedikit berminyak, minyak daging tu keluar... angkat dan sejukkan sikit

aku akan potong roti macamni, jangan potong sampai hujung tu

telur +bawang+ daging, telur ini memang kene guna banyak tau

kita masak dalam pan guna api kecil tau

letakkan roti masakkan hingga masak telur tu

terbalikkan supaya roti tu pulak jadi garing, kita tekan sikit tau

angkat kat pinggan, bohla mayonis dan sos cili

aku suka roti tu jadi garing gini... lepas ni potong lah 2

ini untuk Aiyan, dia nak mayonis je, kadang aku guna telur dia je tak boh daging sebab dia tak suka... 



dah potong dua, bolehla simpan dalam bekas tertutup supaya lembut je 

33 comments:

  1. Roti john ini boleh letak apa-apa kita hendak.
    Samalah dengan Dana tidak suka sos sampai lencun roti,rasa daging dan telur tidak dapat rasa.

    ReplyDelete
  2. buat sendiri puas hati.. blh letak isi banyak2..

    ReplyDelete
  3. slalu tgk org share psl roti john ..tk try lagi..wat sdiri bahan2 bole ltk extra....yummy222..akak suka extra sos & mayonis

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri lagi puas hati kak... boleh boh macam2

      Delete
  4. teringin la pula...nanti nak buat lah. best ni buat dinner pun

    ReplyDelete
  5. Oo boleh guna daging burger ya..boleh lh budak2 ni buat sendiri...terimakasih kongai resepi Dana,boleh jadi rujukan anak2 akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak, kita buat dia... guna je apa janji sedap hehehhe

      Delete
  6. waalaikummusalam
    wah,senang je ya
    nanti nak try buat

    terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, senang je nak membuatnya...selamat mencuba

      Delete
  7. sedapnya buat sendiri. boleh adjust inti kan kak Dana. Tapi, tak rajin lah pulak. hihi

    ReplyDelete
  8. Minggu lepas beli roti panjang, nak buat juga, last2 makan camtu aje, haha..itulah bahaya bila ada penyakit M ni. Dana ni rajin masak2 kan, kalau dekat sure buat muka tak malu huluq pinggan dah, hihi

    ReplyDelete
  9. kecur air liur abe kie tgok. semlm isteri buat roti john simple je. x de bungkus dgn telur bagai. tp masih sedap sbb lapar mlm2 ni.

    ReplyDelete
  10. Sedap tu sesekali buat roti john sendiri. kalau saya, kena ada extra sayur :)

    ReplyDelete
  11. aida pun kerap buat roti john sendiri.
    mudah dan murah. pastu, ikut la pe yg kita nak dlm tu.
    nak sayur ke.
    tak nak sayur ke.
    sayur byk ke.

    ReplyDelete
  12. Sama la.tak suka banyak sos. Sampai hilang rasa telur.

    Dana dah boleh buat channel youtube dah ni . Rajin ambik gambar2 masak..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kak dana, kalau boleh pos ni, dah mintak day ji 😝

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih kongsi idea masa ni dah buntu nak buat breakfast apa setiap hari masa PKPB ni. Elok masa sendiri dapat rasa intinya biasa sos banyak sangat sampai rasa sos je kan.

    ReplyDelete
  15. ROTI JOHN DANA PANDANG SAJA DAH TERLIUR

    ReplyDelete
  16. Senang jew nak buat roti john ye Dana. Kalau bulan puasa memang ini salah satu juadah wajib ada atas meja.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, wah, salah satu idea masak sudah mariiii.... terima kasih share.

    ReplyDelete
  18. roti john feveret ni, akk kalau buat roti john kadang suka tambah sayur sikit macam kobis atau timun.Bila buat sendiri memang puas hati.

    ReplyDelete
  19. Sedapnya. Buat sendiri lagi puas hati kan. Boleh buh daging banyak. Hehe

    ReplyDelete
  20. kdg2 yg beli tu rasa telur dan bawang ja..takde daging/ayam pun

    ReplyDelete
  21. rajin betul buat sendiri dekat rumah.. puas dpt makan klu buat sendiri kan

    ReplyDelete
  22. Sedap.. sedap.. kalau buat cengginie memang kena guna telur banyak.. Baru best,..

    ReplyDelete
  23. Puas hati kan..buat sendiri nk skit ke byk ke tebal ke kan kak dana..

    ReplyDelete
  24. Yeay dah dapat resepi....nak buat la nanti weekend ni....buat sendiri puas..bleh makan banyak2 kali kan..buat sarapan pun sedap ni...atau buat untuk minum petang

    ReplyDelete
  25. tak pernah lagi buat roti john sendiri, gigih saya baca step by step..rasa nak buat la nanti

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...