Tuesday, May 23, 2023

BILA DAH TERINGIN...

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dari sebelum raya dah teringin nak buat kerepek pisang sendiri. Tapi asyik tak kesempatan nak ke pasar tani cari pisang tanduk muda. Minggu lepas gigihkan diri cari pisang kat pasar tani tapi takde yang mentah yang ada pun dah nak masak. Lepas dah pusing-pusing pasar cari dan tak jumpa aku beli juga lah 1 sisir pisang tanduk ni. Adik tu kata dah ank masak tapi sebab aku nampak hijau aku beli jugak la. Bila telefon emak, mak kata ok boleh buat kerepek cuma lama sikit la nak keringnya. 

Malam tu gigihla buat kerepek, memang betul pisang tu dah nak masak sebab senang kupas. Kita buat jugak lah tapi hasilnya bila nak garing tu rupa kerepek pisang tu jadi warna coklat gelap macam hangus. Tapi tak hangus dia da rasa manis-manis. Buat jugak lah 7 biji pisang dapat la 1 bekas tutup merah besar. Ingatkan Edy dengan Aiyan tak makan sebab warna dia tu, tapi rupanya tak sampai separuh dah di kerjakan. Sedap ranggup manis masin sikit, memang boleh cuba lagi.


memang dah masak sebab mudah je nak kupasnya



jadi rupa gini cuba la sekeping ok tak rasa hangus memang macamni

dapat banyak ini je, kira ok lah

Hari ahad dah banyak ni, buat sabtu malam... semalam tengok dah tinggal suku je 

23 comments:

  1. Ooooo...akak x pandai bab kerepek pisang ni..guna pisang apa semua tak reti..selalu beli je..hehehe...

    ReplyDelete
  2. mak akak dlu2 suka buat juga..mmg best ...tp tula kejap je abis

    ReplyDelete
  3. Buat sendiri lebih puas hati kan kak

    ReplyDelete
  4. Kiranya jangan dipandang pada rupa.

    ReplyDelete
  5. kerepek pisang ni nak buat mmg renyah (leceh keje) tp makan sekejap je licinnnn hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya kerepek pisang manis asli n rangup

    ReplyDelete
  7. wah...kalau buat sendiri memang layan jugab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri selalunya tak masin macam di kedai

      Delete
  8. Salute Dana buat sendiri mesti sedap ni

    ReplyDelete
  9. Rajin Dana 👏
    Akak rajin makan je, kalau rangup fresh gini memang lagi lajuuu makan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejenis kalau teringin mesti nak buat hehehhe

      Delete
  10. rajinn tp teringin dan ada bahan mzsti jadi kan dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, bila dah teringin memang kene cari bahan jugak

      Delete
  11. syok layan homemade kerepek pisang sbb sedap dia lain maciam walau rupa tidak sekata

    ReplyDelete
  12. penah rasa nak buat sendiri...tapi ngeri bab pikir kena pakai sagat tu. penat ada sejarah luka dalam pakai sagat ni terus ngeri

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...