Assalmualaikum semua,
18 Mei 2023 jamuan raya JUPEM kira jabatan punya jamuan raya. Meriah la kiranya setiap bahagian ada kene sediakan gerai makanan pejabat aku dapat buat aiskrim. Disebabkan kami ada ramai staf lelaki jadi buat yang mudah-mudah je. Ada macam-macam juadah seperti ayam golek, kambing golek, satay, laksa, nasi dagang, soto, aneka air balang, roti john, takoyaki, apam balik, lemang rendang dan aneka kuih muih. Tapi sebabkan aku malas nak jalan-jalan aku amik pun sejenis dua je makanan yang ada. Jom la kita layan gambar yang ada ya.
|
selfie sat pagi-pagi tu |
|
pukul 10 baru aku turun pi belakang, bergambar dekat gerai orang lain |
|
bergambar kat gerai pejabat lama |
|
ini gerai kami yang ringkas je |
|
ada juga aiskrim potong, aiskrim malaysia dan aiskrim batang |
|
bergambar dengan boss sekali... mulanya nak selfie berdua tapi semua terus datang welfie sama |
|
kawan pejabat lama datang ambil aiskrim kon bergambar jugak la |
|
adik-adik kedai pun ada jugak tutup kedai pi cari makanan kat sini |
|
aku cuma ambil nasi dagang dan ayam bakar, sedap kenyang |
|
Edy ambil Aiyan balik sekolah pastu aku ajak sekali makan, walaupun Edy kata malu |
|
Aiyan kata, bestla jamuan raya mama ni heehhehe |
|
Boss aku dok layan aiskrim asam boi sorang-sorang |
|
transit dia tu sebelah je, datang nak ambil aiskrim katanya |
|
Boss dan gadis-gadis pejabat kami... patut ada sorang lagi tapi dia sibuk sikit |
|
ini pun baru separuh yang ada... |
wah gerai aiskrim tu mmg syok la nk2 cuaca panas...mcm2 jenis asikrim tu
ReplyDeleteMemang merah. Banyak makanan tapikan akak rasa gerai aiskrim paling laku waktu sekarang.
ReplyDeleteMeriahnya. Mesti laku keras gerai aiskrim. Cuaca panas² camgini.
ReplyDeleteMeriah betul la..jadi trending kan eskrem malaysia tu...
ReplyDeletemeriah.. laku la gerai ice cream time panas2 ni yer
ReplyDeletewah meriah majlis raya penghujung Syawal
ReplyDeletemeriah sungguh sambutannya Dana. macam2 ada.
ReplyDeleteCantik gambar Dana tepi vespa tu. :)
ReplyDeleteBest konsep macam ni, gerai-gerai. Jadi, ada pelbagai makanan boleh cuba.