Friday, May 12, 2023

BUDAK BEBAS

 Assalamualaikum semua,

Maaf semua ku cari-cari takde gambar resepi rupanya, jadi kita kongsikan gambar budak berbulu nan seekor ni jelah ya. Sejak balik dari hostel ni dah makin manja perangai nya, tidur malam selalu memang tidur kat bilik dengan kami. Cuma dia tidur dekat tepi kotak dengan kat rak tempat tidur dia, tapi pukul 4 pagi dia akan bangun dan tidur menyelit tepi aku atau Edy. 

Dia memang kucing dalam rumah tak pernah keluar, tapi baru-baru ini Edy bagi dia keluar makan rumput depan rumah. Jadi kami pakaikan dia harness supaya dia tak lari ke mana. Dia duduk luar rumah bila aku atau Edy ada je, kot masa tu aku tengah cabut rumput ke siram pokok ke boleh la. Bukan main suka dia kalau dapat keluar rumah. Dari kucing terus bertukar jadi kambing sibuk makan rumput heheheh.

masa ni dia makan rumput depan rumah

esoknya pakaikan harness 


sibuk di pijaknya pokok aku nak makan rumput



sampai ke belakang rumah dia pusing tau


usha dalam longkang



ajak masuk rumah dia takmo, dok baring la dekat situ

15 comments:

  1. Betul-betul makan rumput ke? Dapat hirup udara luar dan jalan keliling langsung takmo masuk rumah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, kucing makan rumput supaya dia boleh muntahkan semula segala bulu-bulu yang dia termakan masa dia mandi

      Delete
  2. Replies
    1. aah kak makan rumput untuk bersihkan bulu dalam perut mereka... utk mereka muntahkan semua bulu2

      Delete
  3. Manjanya dia, nak tidur dekat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak dia tinggal sendiri mmg manja lain macam

      Delete
  4. kucing saya pun kurung dalam rumah bila dapat keluar diorang lepak depan rumah je kadang tu makan rumput juga tapi bila nampak orang tak kenal je terus berdesup lari masuk rumah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini jenis kucing pemalu ek, kucing akak ni kdg jenis sombong sikit... tak suka layan sgt org tak jenis peramah hehehhe

      Delete
  5. sama la...MA punya kucing sekarang ni..Tommy tu, sejak dah bebas..sakan merayau..kadang2 tu 2,3 hari x nampak..but makanan habis je. kadang2 tu jenuh bebel..sbb suka gaduh. jantan sgt kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jenis kucing bebas ye kak? jangan hilang sudah jenis reti balik rumah tu takpelah

      Delete
  6. ooh baca komen2 baru wak paham knp disuruh makan rumput, mesti dia xnak mkn daging kambing kann., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah daging kambin mahal wak... biar bibiknya je yang makan

      Delete
  7. Alahai.. comel sangat ini.. Seronok dia bila dapat keluar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tp kdg risau jugak dia melarikan diri ke kejar kucing lain

      Delete
  8. Rumput tu ubat dia kan....Suka kaler kucing tu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...