Thursday, May 4, 2023

PHOTO DIARY #15/2023

 Assalamualaikum semua,

Selamat bercuti kawan-kawan,esok ada yang sambung cuti lagi tak? Aku kerja esok sebab Aiyan sekolah kan. Cuma sekarang cuaca memang panas betul kan, budak sekolah pun dah disuruh pakai baju sukan. Moga masalah panas melampau ini akan berakhir juga ya.

Oklah mari kita layan cerita bergambar.

Tauhu goreng wajib tapau bawak balik sini

Tapau juga serunding kelapa emak yang sedap ni

Cili api tepi rumah emak

Geram tengok bunga ros rumah nyai

Hantar paksu ke UKM 

Waktu aku balik kampung baru keluar bunga dia yg ssjambak gini

Hari selasa tu semua kedai tepi jalan tutup, jadi takde la sarapan untuk dia nasib aku ada bawak cornflakes madu dapatla buat alas perut

Bilik aku memang meriah dengan adik-adik

Acik kat kedai bagi Aiyan duit raya

Murah rezeki anak syurga ni

Acik kedai ni memang over sikit

Selasa Edy amik cik Bu kat hostel, eh makim bulat budak ini

Nampak perut dia makin besar... bukan bunting ya sebab cik Bu dah dimandulkan

Aku paling suka ambil Aiyan balik sekolah hari rabu, sebab lenggang je kalau tidak memang tak dapat parking. Hari rabu murid 1,2,3 balik pukul 12.00

Ada acik belanja dia mehun sup, makan la dia waktu tengahari

Bilik aku sentiasa meriah, 

14 comments:

  1. tauhu tu memang yg jual dah siap goreng ke Dana?serasi happy agaknya CikBu duduk hostel tu,lps ni nak tinggal lagi pun senang hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kak,dia 4segi besar dana goreng siap-siap untuk bawak balik kl hehehehe. Kat hostel kan tak bebas sangat itu yang dia bosan tu rasanya makan tidur je

      Delete
  2. Murah rejeki Aiyan, dapat banyak duit raya dan mihun sup.
    Cik Bu comeiii...! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak suka la dia banyak dapat duit raya... cik Bu makin manja

      Delete
  3. Sedapnya serunding kelapa tu Dana! Banyak jugak Dana bawak tu, puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat sendiri tak sedap macam mak buat... sebekas untuk maktek tu kak

      Delete
  4. Terliur tengok serunding kelapa tu Dana.
    Seronok Aiyan dapat duit raya.
    Mesti cik Bu lega dah pulang ke pangkuan keluarga. Bulat mata dia merenung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak kita bt sendiri tak sedap serundingnya, cik Bu pun rasa lama sgt kami tinggalkan dia kot

      Delete
  5. Sedapnya serondeng. Rindu kita serondeng air tangan emak di kampung.
    Cili padi tu, segar betul. Hiris-hiris tambah kicap, perahkan jus limau kasturi, aduhai...sedap sangat makan dengan ikan goreng dan nasi putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak kita buat tak sedap mcm mak buatkan, cili api tu dana dah kisar buat sambal kicap kak hehheheh

      Delete
  6. ramai ek berkunjung ke bilik kak dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik pa memang dik, ramai je bertandang... mujur kerusi ada 3 seat je kalau lebih lagi meriah

      Delete
  7. Kalau akak ada bilik pun sure meriah macam tu orang duk datang lepak..sedangkan kat workstation pun meriah kejap2 ada je yang bertandang...

    ReplyDelete
  8. Meriah bilik dana ye..
    Menarik tengok serunding kelapa tu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...