Friday, May 5, 2023

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API DENGAN NANAS

 Assalamualaikum semua,

Sejak dari balik kampung takde masak menu istimewa jadi takde lah kongsikan menu raya. Ini pun sedap juga kalau di hidang masa buat rumah terbuka tau, ayam lemak cili api nanas. Marilah tengok aku kongsikan resepinya yang mudah dan sudah semestinya sedap.

Bahanb-bahan:

1/2 ekor ayam

1 biji nanas, potong sedang

4 ulas bawang putih, kisar

2 inci kunyit, kisar

1biji bawang merah besar, kisar

20-30 biji cili api, kisar

2 batang serai, ketuk

2 kotak kecil santan

2 keping daun limau purut

Air secukupnya

garam

Cara masak:

- Rebuskan bahan kisar dengan 2 cawan air dan serai. Rebus hingga masak bumbu nya tu tau.

- Masukkan ayam dan nanas, tambahkan air 1 cawan masak lagi hingga ayam tu masak ya.

- Masukkan santan, air 2 cawan, garam dan daun limau purut

- Biar kan sekejap hingga mendidih kecil boleh matikan api. Siap


aku suka rebus je tak tumis





ayam dah masak ni baru masukkan santan



nampak berminyak datang dari ayam tu tau

16 comments:

  1. air nenas tu turun dalam kuah mmm sedapnya lahai...

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. daun limau tu mmg terangkat baunya kan kalau letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harum je bau nya kak

      Delete
    2. Td balik keja masak jugak ayam masak lemak walaupun xde daun limau purut.. hihihi

      Delete
    3. tkde daun limau pun mmg harum dan sedap kak... ehhehe

      Delete
  3. Alamak.. sedapnya akak tengok, Dana. Sama kita, kalau masak lemak, rebus, tak tumis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak mudah kan boh rebus gitu je kan... rasa lain kalau tumis

      Delete
  4. Sedapnya Dana!
    Rasa masam manis asli dari buah nanas.

    ReplyDelete
  5. selalu saya tumis, nak try pulak lah macam mana rasa dia kalau rebus.

    ReplyDelete
  6. Uii...ni kalau biar semalaman..eaok baru makan..lagi terangkat ni Dana..kuah dia dan nanas dah sebati..sedapnya

    ReplyDelete
  7. Blom pernah lagi letak nanas...boleh cuba nanti ni...

    ReplyDelete
  8. Sukanya masak lemak macam ini walaupun tak makan nanas.. mengancam..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...