Monday, May 8, 2023

BERAYA DENGAN KAWAN SEKOLAH

 Assalamualaikum semua,

Raya kali ini dapat jumpa kawan sekolah menengah ni, sebab lama kat kampung kan jadi panjang sikit langkah. Kawan sekolah ni dah 11 tahun aku tak jumpa, jumpa pun di dalam media sosial je. Tak rancang pun tapi masa nak ke bandar aku teringat kawan ni terus tanya dia ada kat rumah tak. Bila dia kata ada, terus dia kongsikan alamatnya. 

Kali terakhir kami jumpa masa aku lepas bersalinkan Aiyan. Lepas aku ke rumah dia, esoknya dia datang ke rumah mak abah aku pulak. Bertiga je tapi kecohnya macam ada 10 orang.

masa aku datang ke rumah dia



bila aku kongsikan di IG aku beraya kat rumah kawan aku, kawan yg tudung biru tu marah sebab tak ajak. Jadi esoknya dia datang ke rumah aku pulak

kami kenal masa tingkatan 1 lagi , sebelah kiri nama Masdiana sebelah kanan nama Fauziah


kawan aku sibuk nak mintak pokok puding emak 


emak suka je kalau ada orang nak mintak pokok dia... 

malu bila aku nak ambil gambar, yelah biasa orang beraya mintak resepi ke, mintak biskut ke dia mintak pokok

15 comments:

  1. ha ha ha.meriahnya .. alhamdulillah dpt jumpa kawan2 lama..meriah mcm 10 org tu normal and beraya minta pokok bunga ni pun normal jugak.. ha ha ha (sbb pernah buat jugaks)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak masing-masing borak sampai tak ingat dunia, mujur masa tu dah lewat petang kalau tak mau lama lagi borak nya. Itulah apa la cerita pokok bunga tu agaknya hehehe

      Delete
  2. mesti rumah dia pun macam rumah emak banyak pokok bunga...kalau dah minat tu malu tolak tepi nanti sampai rumah menyesal tak minta mula la duk tbayang2 pokok emak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak, rumah dia baru siap sblm raya so dia nk tanam2 sikit la, Tapi dia nk pokok yg senang hidup, tanam je pstu tak payah jaga sangat.

      Delete
  3. 11 tahun tak jumpa, harus meriah tu.
    Dah umur mak2 gitulah, datang rmh orang berkenan pokok orang šŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah kak tak jumpa berdepan 11 tahun tp setiap hari jumpa dlm media sosial, dia tahu pasal pokok puding emak pun dr status whatsapp dana hhehehe

      Delete
  4. Seronoknya, masih keep-in-touch dengan kawan-kawan sejak form 1. Semoga ukhuwah antara kawan-kawan Dana terus berkekalan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan kawan tadika pun masih keep in touch kak cumanya tak dapat nak jumpa lagi... masing-masing kerja kt johor saya je yg merantau jauh sikit

      Delete
  5. Teringat dulu2, mak sy pun suka mintak pokok kat rumah orang, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu biasa kak... heheheh kadang kita pun ngikut gitu gak hehhehe

      Delete
  6. Dapat bayangkan macam mana meriahnya tu kan...

    ReplyDelete
  7. Bila jumpa kawan sekolah...auto rasa macam kita masih zaman sekolah kan..terus rasa remajašŸ¤£

    ReplyDelete
  8. biasa tu hari ni kwn ke umh kita, besok kita ke umh dia pulak... hahaha

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilla dapat beraya bersama rakan-rakan.. Syok owh mak-mak bila ad ayang menanya pokok dia..

    ReplyDelete
  10. lamanya aku x nmpak dorg ni, mmg x pernah terserempak la, masa form 4/5 ogy dok sblh ko kan dana? gitu je ogy x berubah sgt muka dia

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...