Monday, September 6, 2021

KUDAPAN ZAMAN DULO-DOLU, KERAK NASI GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak cerita dengan korang pasal kerak nasi yang emak kirimkan beberapa minggu lepas. Ini kudapan orang zaman dulu, zaman belum senang gitu. Dulu-dulu kan masak dengan dapur kayu atau dapur gas jarang yang ada rice cooker. Mak cerita ini antara kudapan yang biasa nyai buat, kerak nasi tu keluarkan dan jemur untuk beberapa hari hingga betul-betul kering. Lepas tu bolehla goreng dengan minyak yang betul-betul panas. Nanti dia jadi kembang dan ranggup sangat, ini kudapan kami adik beradik dari kecil sampai sekarang. Kadang mak tak masak dengan rice cooker kat rumah masak dengan periuk biasa di dapur gas, kerak tu mak jemurla. 

Bila lama tak makan rindu, itu yang mintak mak kirimkan kalau nak poskan barang pada kami. Dah goreng makan cicah dengan sambal kicap... sedap sangat. Macam inang-inang tu, tapi itu dengan beras pulut tapi ini dengan kerak nasi. Memang kudapan yang rare kan... 

Ini kerak nasi yang mak kirimkan 

Minyak kena banyak dan betul-betul panas, sampai keluar asap sikit pun boleh

nanti dia akan kembang jadi macamni bila goreng

Bila dah goreng gini, ranggup tau makan dengan sambal kicap memang layan lah

48 comments:

  1. Haah macam inang-inang. Itulah sekarang masak nasi tiada kerak.
    Oh rupanya kerak itu boleh buat kudapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inang-inang tu mmg dibuat khas kalau ini dari lebihan nasi kan... lebih jimat gitu

      Delete
  2. Makanan yang menggamit memori lalu.
    Dah lama akak tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mujur mak selalu buat, itu suruh dia kirimkna...rindu

      Delete
  3. rare sngguh ni kakdana!
    tp ni first time sy tgk.. baru tau kerak ns pon berguna.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah memang ada yang tak pernah jumpa, maklum orang lama punya

      Delete
  4. Rasa nak kembali ke masa lalu.
    Teringat kalau musim kenduri, dapat kerak nasi minyak....aduh enaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu nak merasa kenduri macam dulu ye kak... bila lah nak habis masalah covid ni

      Delete
  5. wahh kerak nasi kenangan mengusik jiwa betul ni cikkak dana.,. nyum2

    ReplyDelete
  6. ini bukan gengginang (betul ke ek?) tu ke Dana?

    ReplyDelete
  7. Great details here, better yet to discover out your blog which is fantastic. Nicely done!!! For more visit bad breath treatment in Nagpur

    ReplyDelete
  8. Sekali pandang macam kuih bepang. Sedapp pulakk tengok, tak pernah merasa lagi.

    ReplyDelete
  9. Dah lamany tak jumpa keropok kerak nasi ni
    Kerak nasi pun dah jarang2 jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah wak masak dengan rice cooker mana jumpa kerak nasi

      Delete
  10. Sungguh. Tak pernah lagi makan kerak nasi goreng. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang susah nk buat.. lagila masak dengan rice cooker

      Delete
  11. Arwah tok pernah hidangkan menu macam ni . Memang sedap . Ccl sempat makan .

    ReplyDelete
  12. Baru nak cakap macam inang inang. Rupanya lain sikit. Kudapan rare ni. Tapi kalau ala inang inang makan macam tu je pun dah sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sikit dr inang-inang, inang-inang dari beras pulut

      Delete
  13. Tgk menu ni teringat pulut keras yg rasa manis tu tpi tak ingat namanya.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah sedapnya kudapan dulu2

    ReplyDelete
  15. mak saya suka makan kerak..mungkin beliau mengimbau kenangan dulu agaknya

    ReplyDelete
  16. Dia macam inang- inang yang kaler2 yang banyak jual kat Melaka kalau x salah kan...but for sure sedap yang original macam ni kan...

    ReplyDelete
  17. Pernah jugaklah Mrs. A merasa makan ni tak ingat rumah siapa.
    Dah lama tak makan Dana

    ReplyDelete
  18. kerak nasi biasa mkn
    ingat bila kenduri, msk nasi dlm
    kawah besar kan mesti dpt mkn kerak. nasi
    tp yg gorzng akak x penah mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kenduri kerak nasi minyak mmg ramai cari

      Delete
  19. Tak terfikir Dana buat inang2 guna kerak.nasi ye . Boleh try la kalau ada kerak nanti

    ReplyDelete
  20. dulu pmasa kecik selalu la makan sebab tok suka buat tapi sekarang ni kerak pun tak ada haha

    ReplyDelete
  21. Macam inang.. Rajinnya mak Dana.. Best nie buat kunyah-kunyah sambil tengok tv atau baca buku.. kikiki..

    ReplyDelete
  22. selalu nmpk org buat ni. org korea klu kerak nasi gini dorg mkn cicah gula tgk dlm tv..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...