Tuesday, September 14, 2021

RAK PASU UNTUK KEBUN DAH SAMPAI


 Assalamualaikum semua,

Seperti yang pernah aku ceritakan, aku duduk di rumah pangsapuri dan tidak punya halaman rumah tapi sedikit tanah sebab kami duduk rumah bawah sekali. Masa baru pindah aku cuma tanam pokok pandan, pokok mulberi angkut emak punya dari kampung dan daun kucai. Bila PKP 1.0 bermula aku  pun mula menanam, sampai akhirnya PKP3.0 rumah aku dah macam nursery 😁.

Aku pun cari alternatif supaya ruang yang ada dapat diguna semaksimum mungkin. Jadi aku mula beli rak bertingkat, mulanya rak 5 tingkat, beli lagi 1, lepas tu rak 7 tingkat dan akhir sekali rak 3 tingkat belakang rumah. Mujurlah Edy layankan je kerenah aku, dia tak pernah marah sentiasa membantu bila aku minta tolong dia isikan tanah pada pasu atau semaikan benih. 

Semua rak pasu sebelum letak kat luar rumah, kene QC dengan budak kecik ni

ini rak 3 tingkat untuk letak belakang rumah... 
Hari pertama kita susun bayam kita


semakin banyak penghuni nya, semalam minta Edy semaikan pokok pak choy dan terung


3 rak pasu bertingkat, tapi sesuai untuk pasu kecil dan sedang... pasu besar macam pasu bunga ros dan pasu daun sup tu tak sesuai sikit

rak 7 tingkat yang paling baru

ini depan rumah aku, memang dah macam nursery kan... ini bunga ros je

19 comments:

  1. akak tgh mencari juga ni. beli kat mana tu Dana?
    nk kena. letak tinggi. elak anak2 ciktam



    ReplyDelete
  2. Akak belum lagi nak beli rak- ak ni...Pak Zain ni syg nak buang papan palette dia yg sekarang...nanti la slowly akak buang teringin nak tanam pokok bunga plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah pak Zain ada laman, umah dana takde laman kak itu yg kene cari alternatif supaya boleh tanam memacam

      Delete
  3. Makin meriah, ada rak, bertambahla kehijauan.

    ReplyDelete
  4. Dah banyak tingkat pasu akak beli rupanya. Memang jimat space kan. Berpotensi tambah pasu dan pokok lagi. Tudiaa meriah depan belakang dengan tanaman akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah macamne dik, tak muat dah kawasan... hahahhaha sampai depan rumah pun penuh bunga camne tu

      Delete
  5. Cantik tu nanti kalau pokok dah tumbuh subur. Boleh susun ikut kesesuaian. Rajinnya Dana.

    ReplyDelete
  6. Haha comel ja aksi kucing2 tu..sekor satu rak..

    ReplyDelete
  7. Dana, rak gambar pertama tu beli kat mana? berapa RM?

    ReplyDelete
  8. Nampak tersusun. Memang elok beli rak banyak pokok boleh letak.
    Nasib baik duduk paras tanah.

    ReplyDelete
  9. Comel comel la QC kak dana tuuu, geram kita tengok hahahaha.
    Bagus gak beli rak gitu kan kak dana sebab nampak kemas tersusun.

    ReplyDelete
  10. lawa rak pasu tu... nak mencari juga ni... mana boleh tengok aje..

    ReplyDelete
  11. lawa plak rak pasu tu. Kami takde beli rak lagi. Yang penting, menanam sikit2 kalau nk pakai, boleh petik je kan. Boleh jugak dijadikan hobi kan. Hehehe

    ReplyDelete
  12. wah menariknyaaa..berkenan pula kak tp jgnlah shida xrajin jaga ^_^

    ReplyDelete
  13. Aduh.. Cantiknya rak bertingkat Dana tu.. Ohsem sangat..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...