Thursday, September 2, 2021

PHOTO DIARY #32/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini tak tau nak membebel apa, jadinya jom lah kita layan cerita bergambar ya. 

Makanan budak berbulu, beli 20kg terus senang kerja... ini pun tak tau bertahan berapa lama

ros petunia dah mula keluarkan bunga-bunganya... adik nursery tu pesan bunga ini tak perlu pangkas... kalau bunga nya kering biarkan je 

1 pokok ada 2 warna, oren merah putih batik

pink putih batik

Ada aritu aku malas masak tengahari, Edy bungkus je siput masak lemak cili api... layan betul srut srut

budak nakal terbaru, dia punya nakal tak boleh bawak bincang... jari aku, tangan, kaki memang hari-hari kene cakar dia... main kasar suka serang hendap orang dari belakang

Popia sira pedas yang umppph... sedap rangup

gambar isnin lepas, mengantuk tak boleh bawak bincang... kawan borak takde geng perempuan kerja tak sama hari, itu yang aku menguap entah berapa puluh kali

suka tengok awan yang cantik... rindu nak tengok awan kat kampung huhuhui

bunga ros merah yang aku tunggu-tunggu bila dia nak kembang, lambat betul

aritu masa masak nasi lemak tiba-tiba dia sibuk pulak nak makan timun nya... makan gitu je

tapi dia makan gaya macam makan tembikai gigit isi je hehehhe... 

Kalau Edy yang tukarkan pasu bunga ros memang cantik helok je kalau aku yang buat... asal boleh je hhhaahah

Akhirnya aku beli jugak pokok kari dan limau purut, harapnya takde la ulat yang nyingah banyak-banyak kat pokok ni

sekali imbas macam nursery kan... tepi rumah dah penuh depan rumah pulak, pasni kita buat projek sayur kat belakang rumah pulak


Selasa cuti merdeka, kata nak beli tanah tapi terbeli lak ros petunia lagi sepokok hahahha Edy dah tak cakap apa, dia cuma redho je

sibuk berhimpun tunggu atoknya letak makanan wet food dekat talam, setiap selasa dan jumaat je hari wet food buat mereka... 

Adik kat kampung tunjuk pokok bunga ros emak yang dah ada rak baru.... 

ini pun adik aku kata mak suruh beli lagi... hahahha

19 comments:

  1. Geramnya tgk cik ros berkembang mekar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak bunga lain semua pun cantik, tapi bunga ros ni juga yang mencuri perhatian betul

      Delete
  2. aduhh lawanya bunga ros..cantik! Bestnya tanam apa pun jadi semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tak menjadi jugak tu, ehehehe
      kira nasib jugak lah tu

      Delete
  3. Eh si hitam tu sama macam kucing saya hehe kucing datang masa cuti maal hijrah. kecik sangat, kesian pulak tengok mukanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. si hitam tu memang lahir kat rumah kami, nakalnya tak tau nak kata...
      kucing mendatang pembawa rezeki orang kata

      Delete
  4. mcm nursery byk pokok2 dana
    senang2 nanti blh akak g melawat ha haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah janganla kak, rumah akak lagi banyak pokok

      Delete
  5. alasan nak balik kampung..pastu dia cakap "rindu nak tengok awan kat kampung"...bijak bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah apa tak rindu ammi oi, tgk masakan yang mak biasa masak pun dh rindu kampung... acaher

      Delete
  6. Haha kucing hitam itu memang muka nampak nakal.
    Banyak pasu depan dan tepi rumah. Alhamdulillah harap terus hidup dan sihat pokok-pokoknya.

    ReplyDelete
  7. Banyak koleksi pokok bunga dan tanaman. Sama banyak geng bulus. meriah rumah akak. Kat kampung tak kurang hebatnya. Melawan tambah pokok. hihi
    Pelik betul aiyan makan timun style makan tembikai. Tapi kira okaylah dia nak makan mentah gitu kan. Dari tak makan lansung.

    ReplyDelete
  8. haha comel je aiyan mkn timun mcm tembikai!

    ReplyDelete
  9. Puas hati sekali beli terus 20 kg. Kucing ramai memang tak tahan lama kan kak dana hahaha. Nak tanya sedap ke tidak frieskies tu kann, bukannya kak dana rasa. Tapi kucing kak dana ok eh dengan jenama tuuu? Macam nak tukar jugak makanan kucing tapi tak tahu nak beli jenama apa.

    ReplyDelete
  10. Betullah Ayan tu, wak pun kalau ratah timun nuang kulitnya.
    Dah lamanya tak nyedut siput
    Cantik2 bunga rose kayangan tu.

    ReplyDelete
  11. byk anak bulus dana rupanya.. akak skrg kalau terasa tekak nk mkn timun asik la membeli timun utk buat sayur atau buat mkn dgn salad... dlu² x suka timun

    ReplyDelete
  12. suka tgk kebun mini Dana, aku tak suka sebab sgt geli dgn cacing so apa2 habitat natang tu memang aku cuba elakkan. wah meriah anak bulus byk. comel2!!!

    ReplyDelete
  13. Popia tu! Dapat 5 batang, habis Kak Amie makan sorang.
    Rose petunia tu cantik betullah Dana. Subur pokoknya.

    ReplyDelete
  14. Hahaha.. nape cenggitu makan timunnya Aiyan oi.. hahaha.. Comel sangatlah Aiyan nie..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...