Monday, September 20, 2021

PERCUBAAN BUAT BAJA KULIT PISANG

 Assalamualaikum semua,

Sejak aktif menanam tepi rumah ni memang pelbagai jenis baja aku pernah cuba. Baja organik selain baja tahi ayam, kulit telur aku pernah cuba tapi baru ni teringin cuba buat baja dengan kulit pisang. Ternampak di you tube dan tiktok lah ni, itu yang nak cuba kebetulan memang ada beli buah pisang.

Selain dari cara ini, ada jugak yang buat kulit pisang tu dikeringkan lepas tu kisar dan taburkan pada pasu bunga atau tambahkan dengan air dan siram pada pokok. Yang cara ini aku belum rajin nak cuba hehehe.

Cara buatnya pun senang ja. Aku kongsikan caranya ya

6-8 keping kulit pisang

1 bekas besar

air kosong

- Potong kasar kulit pisang, masukkan dalam bekas besar lepas tu tambahkan air. Air tu sampai paras tutup kulit pisang tu pun boleh. Tutupkan bekas tu peram untuk 48 jam, boleh juga peram untuk seminggu. 

- Bila dah 48 jam, tapiskan air kulit pisang tu. Tambahkan air dalam seliter atau lebih, lepas tu letak dalam bekas dan siram kan pada pokok kita. Kulit pisang jangan buang, letak pada pasu pokok tanaman kita jadi baja juga.

Ada 1 bekas lagi untuk siram tengah minggu nanti, harapnya makin suburla pokok bunga dan tanaman aku.

Kalau rasa malas nk potong, boh je gitu kulit pisang tu

Aku letak air cukup paras kulit pisang sebab bekas kecil hhehehe


Selepas 48 jam di peram, bau masih ok lagi... kalau yang 7 hari tu mesti bau dia perkkkhhh

tapiskan airnya

setelah aku campur dengan air dalam seliter setengah gitu

boh dalam sini dah siram la pada pokok bunga dan tanaman lain

Aku letak juga kulitnya pada pasu bunga ros , sila abaikan rumput yang tak sempat di cabut lagi huhuuu

24 comments:

  1. Selalu campak kulit-kulit pisang pada pangkal pokok.
    Rupanya kena rendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak gitu je pun boleh kak, tapi ni dana cuba yang rendam pulak

      Delete
  2. rajinnnnya. bykk sebenarnya kalu nk buat baja sendiri ni
    dulu akak try jga, kadang kulit telur kulit bawang semua simpan. buh dlm. pasu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, cuma kadang malas nak simpan, bukan apa bau tu yang kadang tak tahan...

      Delete
  3. Bagus ni guna baja organik. Membantu melestarikan alam sekitar.

    ReplyDelete
  4. bagus.. jimat duit. lebih selamat, so organik. terjaga alam sekitar.

    Kami guna je baja kulit bawang la, baja kulit buah la, baja roti la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baja kulit bawang nanti nak cuba jugak lah...

      Delete
  5. Perkongsian yg menarik. tp zhi dah tak ada masa nak bercucuk tanam.. hahaha.. Insyaallah nanti cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercucuk tnm ni dia kene mulakan 1 pokok yg mudah hidup, lepas bila nampak dia segar setiap hari kita jd seronok hehehhe

      Delete
  6. semoga menjadi! kalau menjadi, kak dana boleh cuba masuk pertandingan IID! Mana tahu ada rezeki dapat pingat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... ayooo ini ramai orang dh cuba dik, bukan akka yg mulakan tak boleh bertanding heheheh

      Delete
  7. Nnt tunjuk perbezaan sebelum dan selepas disiram baja buatansendiri..

    ReplyDelete
  8. Bagus kak guna baja organik. Semoga subur tanaman akak. Aaminn...

    ReplyDelete
  9. Aduh.. Terbaiklah Dana.. boleh cuba nie nanti..

    ReplyDelete
  10. Semoga tanaman Dana bertambah sihat Dan subur

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...