Friday, September 10, 2021

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK UDANG PETAI

 Assalamualaikum semua,

Hari ni maaf lambat sikit buat entri... tadi ke klinik untuk ambil darah tapi klinik tutup pula. Itu yang pastu sebelum balik dok jenjalan cuci mata tengok pemandangan atas bukit.

Aku nak kongsi pasal resepi sambal tempoyak lagi, bagi pecinta tempoyak wajib cuba tau.

Bahan-bahan:

20-30 ekor udang saiz sedang

30-40 biji cili api, hiris kasar

5 ulas bawang putih, hiris

3 biji bawang besar, hiris nipis

5 sudu besar tempoyak

5-7 papan petai

Sedikit gula

Garam

Air secukupnya

Asam jawa

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api hingga layu. Boleh masukkan tempoyak kacau lagi

- Tambah air sikit dan masukkan petai, kacau lagi

- Bila nampak dah sebati semua masukkan pulak udang, kacau lagi hingga udang separuh masak.

- Masukkan air sedikit, asam jawa , garam dan gula kacau hingga sebati bila udang dah masak, sila rasa dan boleh matikan api bila sambal dah pekat dan kuah kering.

Tumiskan semua ya


Masukkan petai ya

Kacau bagi semua sebati

Masukkan udang ya

Bila dah separuh masak udang boh perisa ya, biarkan kuah kering tau

Siap untuk dihidang dan dimakan

38 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wah,,sedapnye..sambal tempoyak udang petai....

    misti kne follow blog ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih... saya memang akan kongsi resepi setiap hari jumaat

      Delete
  3. Nampak sedap tapi Ai tak makan tempoyak pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tak guna tempoyak dik, jd sambal udang petai

      Delete
  4. Wahh..mesti menambah makan ni kalau peminat tempoyak :)

    ReplyDelete
  5. xterkata sedapnya masakan dana ni terliuq sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dana dekat dah hantar semangkuk kat akak

      Delete
  6. Memang elok buat waktu sekarang, tempoyak tengah ada stok.

    ReplyDelete
  7. sedapnya menu ni! Lama dah tak makan petai masak tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dik oi, dah ada tempoyak petai dan udang lagi hehehhe

      Delete
  8. Sedapnya! sayalah salah seorang pencinta tempoyak tegar haha !

    ReplyDelete
  9. Ya allah terliurr pulakk tengok walaupun tak makan tempoyak, tapi ada udang tuuuuu terliur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe boleh buat tanpa tempoyak janji ada udang ngn petai

      Delete
  10. Sama menu kita Dana. Tapi Kak Amie tumis kering-kering.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. tukar dengan lain kak... kerang atau bilis pun boleh kak

      Delete
  12. adoiii sedap dana woi.. tapi kalau akak yang makan ni sure ke tandas je lah. perut akak tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus untuk cuci perut ni kalau gitu kak hehehhe

      Delete
  13. Nampak sedap tu Dana.
    Tak pernah lagi masak camni.

    ReplyDelete
  14. ohhh nooooo ohh nooooo oh noo noo noo
    semua bahan ada kat rumah time aku baca ni. terus rasa nak masak! tapi aku dh kenyang. tapiii tetap nak makan!

    ReplyDelete
  15. Bahaya makaan lauk ni...makan ngan nasi panas..x sedar menambah nasi

    ReplyDelete
  16. tempoyak onzz tp udang xleh onzz huhuuu

    ReplyDelete
  17. Aduh.. Aduh.. sedapnya sambal tempoyak udang Dana.. siap ada petai lagi..

    ReplyDelete
  18. kami tempoyak ada,.tapi tak guna2 lgi. hahaha
    sedar2 nnt dah tak elok.hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...