Assalamualaikum semua,
Pagi tadi nampak gelap ingatkan nak hujan tapi tidak, cuma itulah tak tahu la kalau petang ini hujan. Sebab dah beberapa hari petang je hujan lebat selebatnya. Kadang tak sempat gelap dah hujan, tapi beberapa hari ni mendung je. Hari ini ambil Aiyan lewat, dia ada aktiviti main bowling dan tengok wayang balik pukul 2.30 petang. Tersilap aku lupa nak mohon cuti rehat dengan boss jadi nanti lepas ambil Aiyan kene masuk pejabat jugak lah rasanya dekat pukul 4 juga sampai nanti hahahah.
![]() |
| Hari terakhir jumpa dengan Ain, dia nak berhenti dan dapat kerja di KPJ Tawakkal |
![]() |
| Walau setahun lebih je tapi dah rapat sangat, yelah seminggu 3 kali jumpa. Nurse yang baik dengan aku |
![]() |
| Kawan opis belanja cendol |
![]() |
| Ini pun ada kawan pejabat bagi... rezeki betul kan |
![]() |
| Pukul 6.30 pagi semalam hehehhe |
![]() |
| Boss aku ni memang., bincang ke apa semua kat meja aku takmo guna meja dia sendiri... lepas habis bincang dengan kerani dia sambung borak dengan aku lak |
![]() |
| Tamak, suruh kawan belikan ikan saiz besar |
![]() |
| Sudahnya terkulat-kulat nak habiskan sebab besar ikannya |
![]() |
| pokok ulam raja yang sangat subur |
![]() |
| si Yanot yang suka duduk belakang masa aku nak parking |
![]() |
| Dah boleh diharapkan angkat buah kalau hujung minggu |
![]() |
| Bagi upah dulu |
![]() |
| lama tak makan tosei rawa |













Berapalah harga kena ikan bakar besar itu?
ReplyDeleteIsk Yanot bahayalah duduk belakang kena gelek.
Ikan dengan nasi dan bendi rm12 kak...kira murahla sebab ikan tu besar
DeletePetang ni rasa sejuk sikit. Baru lepas hujan tengah hari tadi. Cuaca tak menentu sikit sekarang ni kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki orang belanja.
Ikan bakar besar memang tak laratlah nak habiskan sorang. Ambil masa jugalah nak habiskan.
Rajin Aiyan tolong. tapi kena upah jugak ek. hihi...
Ini pun dah mula mendung, jangan la hujan tengahari ni kang jem la masa ambil anak sekolah tu
DeleteSetiap gambar ada cerita dan memori tersendiri. Suka tengok perkongsian visual macam ni sebab kita dapat nampak cebisan memori dan aktiviti harian.
ReplyDeleteItu sebab cerita bergambar hehehe
DeleteIngatkan Ain tu kawan kerja Dana, rupa-rupanya nurse. Dah jadi macam kawan baik 👍🏽
ReplyDeleteBilalah nak merasa tosei rawa ni. Lupa je nak mencuba kalau ke kedai mamak.
Aah macam keluarga dah kak hehehe
DeleteComelnya gamvar pertama tu...mmmuahh...muaahhhh!
ReplyDeleteGitu la perempuan hehehe kalau bergambar
DeleteBila hujan lebat sangat, adalah kawasan yang kena banjir kilat.
ReplyDeleteGitulah wak, lagi lah kat KL ni sana sini construction
Deletealhamdulillah dapat bos baik n ramah bersembang
ReplyDeleteTosai rawa itu yg saya penasaran kak. Selama ini makan Tosai biasa saja. Nak cari lah kalau ke KL nanti. Katanya sedap juga kan
ReplyDeleteSukanya ikan tu.. Tapi memang jenuhlah nak habiskan kalau besar..
ReplyDeleteBaguslah Aiyan.. rajin menolong..
Bagus Aiyyan...lepas ni boleh tolong mama selalu..tp kena ada upah jajan ye mama
ReplyDeletelagi tinggi pokok ulam raja tu dari pokok daun kari... ini antara ulam yang ammi makan, yg lain belom reti sangat nak telan
ReplyDelete