Thursday, July 23, 2026

PHOTO DIARY #24/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi nampak gelap ingatkan nak hujan tapi tidak, cuma itulah tak tahu la kalau petang ini hujan. Sebab dah beberapa hari petang je hujan lebat selebatnya. Kadang tak sempat gelap dah hujan, tapi beberapa hari ni mendung je. Hari ini ambil Aiyan lewat, dia ada aktiviti main bowling dan tengok wayang balik pukul 2.30 petang. Tersilap aku lupa nak mohon cuti rehat dengan boss jadi nanti lepas ambil Aiyan kene masuk pejabat jugak lah rasanya dekat pukul 4 juga sampai nanti hahahah. 

Hari terakhir jumpa dengan Ain, dia nak berhenti dan dapat kerja di KPJ Tawakkal

Walau setahun lebih je tapi dah rapat sangat, yelah seminggu 3 kali jumpa. Nurse yang baik dengan aku

Kawan opis belanja cendol

Ini pun ada kawan pejabat bagi... rezeki betul kan

Pukul 6.30 pagi semalam hehehhe

Boss aku ni memang., bincang ke apa semua kat meja aku takmo guna meja dia sendiri... lepas habis bincang dengan kerani dia sambung borak dengan aku lak

Tamak, suruh kawan belikan ikan saiz besar

Sudahnya terkulat-kulat nak habiskan sebab besar ikannya

pokok ulam raja yang sangat subur

si Yanot yang suka duduk belakang masa aku nak parking

Dah boleh diharapkan angkat buah kalau hujung minggu

Bagi upah dulu

lama tak makan tosei rawa

17 comments:

  1. Berapalah harga kena ikan bakar besar itu?
    Isk Yanot bahayalah duduk belakang kena gelek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan dengan nasi dan bendi rm12 kak...kira murahla sebab ikan tu besar

      Delete
  2. Petang ni rasa sejuk sikit. Baru lepas hujan tengah hari tadi. Cuaca tak menentu sikit sekarang ni kan.
    Alhamdulillah rezeki orang belanja.
    Ikan bakar besar memang tak laratlah nak habiskan sorang. Ambil masa jugalah nak habiskan.
    Rajin Aiyan tolong. tapi kena upah jugak ek. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun dah mula mendung, jangan la hujan tengahari ni kang jem la masa ambil anak sekolah tu

      Delete
  3. Setiap gambar ada cerita dan memori tersendiri. Suka tengok perkongsian visual macam ni sebab kita dapat nampak cebisan memori dan aktiviti harian.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan Ain tu kawan kerja Dana, rupa-rupanya nurse. Dah jadi macam kawan baik 👍🏽

    Bilalah nak merasa tosei rawa ni. Lupa je nak mencuba kalau ke kedai mamak.

    ReplyDelete
  5. Comelnya gamvar pertama tu...mmmuahh...muaahhhh!

    ReplyDelete
  6. Bila hujan lebat sangat, adalah kawasan yang kena banjir kilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah wak, lagi lah kat KL ni sana sini construction

      Delete
  7. alhamdulillah dapat bos baik n ramah bersembang

    ReplyDelete
  8. Tosai rawa itu yg saya penasaran kak. Selama ini makan Tosai biasa saja. Nak cari lah kalau ke KL nanti. Katanya sedap juga kan

    ReplyDelete
  9. Sukanya ikan tu.. Tapi memang jenuhlah nak habiskan kalau besar..
    Baguslah Aiyan.. rajin menolong..

    ReplyDelete
  10. Bagus Aiyyan...lepas ni boleh tolong mama selalu..tp kena ada upah jajan ye mama

    ReplyDelete
  11. lagi tinggi pokok ulam raja tu dari pokok daun kari... ini antara ulam yang ammi makan, yg lain belom reti sangat nak telan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...