Assalamualaikum semua,
Ini cerita 28 Mac 2026, abah kene masuk ward untuk buat pembedahan. BPH ini membuatkan prostat membesar menyebabkan saluran kencing menjadi sempit dan air kencing susah keluar. Jadi sebelum ini dah 3 kali abah kene ke klinik untuk masukkan tiub kencing untuk keluarkan kencing. Bila bengkak makin besar doktor sarankan abah buat pembedahan. Abah pilih buat pembedahan di KPJ Johor sebab kalau buat di hospital kerajaan lambat giliran untuk buat pembedahan tu.
27 haribulan tu paksu dan mak yang hantar abah masuk ward. Paksu yang temankan abah sepanjang kat ward yelah lebih mudah kan dari nak suruh emak yang tunggu. Jumaat petang tu daftar masuk mak pulak tak balik ke rumah tapi tumpang tidur rumah makcik dekat-dekat situ. Pembedahan dibuat pada 28hb pukul 12 tengahari. Pukul 2 dah selesai abah tapi masa tu tak boleh nak turun ke mana-mana kene ada kat katil untuk 48jam. Pembedahan tu berjalan lancar, selasa 31hb tu abah dapat balik rumah. Harapnya terus sihat dan tak berulang lagi la masalah tu.
![]() |
| Sabtu pagi emak datang dengan makcik bawak sarapan untuk abah dan paksu |
![]() |
| Tapi masa ni abah kene puasa lagi, sedangkan dia dah mula puasa pukul 12 tengah malam |
![]() |
| sabtu malam mak datang jenguk dengan makcik |
![]() |
| malam dalam pukul 9 baru abah dibolehkan makan |
![]() |
| sepanjang dalam ward ini la kerja abah, layan tv dan makan keropok |
![]() |
| sepupu abah datang jenguk |
![]() |
| keluarga adik emak datang jenguk |
![]() |
| hari isnin dah memang abah dah bosah la tak boleh ke mana-mana |
![]() |
| akhirnya selasa petang boleh balik |











semoga abah Dana makin sihat hendaknya..dijauhkan dari apa2 aje penyebab memudaratkan kesihatan...cepat sembuh abah....
ReplyDeletemoga abah Dana segera pulih sediakala
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh seperti sediakala
ReplyDeletesmoga cpt sembuh spt sediakala dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeletemoga abah nya cepat2 sihat... aamiin
ReplyDeleteMoga Abah Dana cepat sembuh dan moga rutin harian Mak dan Abah Dana dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh dan elok selepas itu. Amin.
ReplyDeleteada duit boleh jelah nak buat kat private...yang tak ada ni ngadap jelah kat spital kerajaan. semoga pakcik cpat sembuh
ReplyDeleteSemoganya abahnya di beri kesembuhan
ReplyDeleteSemoga Abah kakak dah semakin membaik saat ini yaaa 🤗
ReplyDeleteMoga abah cepat sembuh dan dipermudah kan semua nya
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai...semoga Abah Dana sembuh Dan sihat seperti sediakala, Aamiin...
ReplyDeleteSemoga abah Dana makin sihat.
ReplyDelete