Friday, May 8, 2026

RESEPI APAM GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari terakhir cuti sakit, nikmatilah nanti minggu depan mula kerja dah. Semalam aku terpaksa ke hd dengan pandu sendiri walaupun tangan kiri masih sakit tapi kene gagahkan diri sebab Edy dan Maktek kerja. Kalau nak naik grab camne lak nak ambil Aiyan kan jadi bawak jelah kereta. Tukar gear dan tarik handbrake guna tangan kanan, tangan kiri tak kuat lagi. 

Harapnya keluarla entri resepi aku hari ini ya. Aku nampak kat tiktok ada yang kongsi dan tengok mudah rupanya. Kita pun cubala. Kredit pada tiktok ilyana88 pelbagai resepi dia kongsi.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

4 sudu besar gula

Sedikit garam

1 sudu kecil mauripan@ yis

Air suam secukupnya

Cara masak:

- Campurkan semua bahan dalam bekas besar kacau dengan letak air sikit demi sedikit. 

- Jangan terlalu pekat, tapi bukan cair sangat. Macam adunan lempeng tu. Pastu tutup adunan selama 30 hingga 40 minit.

- Bila adunan dah naik, kacau sikit. Sapukan minyak dalam kuali. 

- Dengan api sedang, masukkan adunan sedikit biar keluar macam buih baru terbalikkan apam. Masak sebelah tu jugak. 

- Boleh dipadankan dengan macam-macam tapi aku rajin buat sambal sardin je. Rasa dia sedap macam apam tapi di goreng, sedap gebus.


Sarapan Aiyan pagi tadi




Macamni kira dah naik adunan terus goreng

Minyak kita sapu je takmo banyak

Keluar rupa gini baru kita terbalikkan

Masak sebelah bahagian lagi

Macam lempeng tapi bukan

Nampak gebu kan dia

Cicah kari pun sodap

20 comments:

  1. Dana...tengah cuti sakit pun sempat lagi buat kuih ye
    moga cepat sihat Dana,baca pun dah rasa ngeri ngilu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak tangan kiri je yang sakit tangan kanan ok lagi

      Delete
  2. Menariks ni. Selain lempeng, ni pun sedap memang makan dgn sambal sardin.

    ReplyDelete
  3. sedap tu apam lempeng boleh cuba ni

    ReplyDelete
  4. sekali tengok macam lempeng....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma lempeng selalu takde guna mauripan atau yis

      Delete
  5. Macam PanCake je tu Dana..gebu betul rupanya...
    Resepi pun macam senang...bolehlah nanti try test cuba hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pancake texture lain, dia ada guna telur dan susu ni tidak macam kita buat apam tapi tak kukus

      Delete
  6. W'salam Dana,
    Alahai baca pun terasa struggle Dana drive sorang-sorang. Get well soon and speedy recovery okay. Boleh cuba resepi apam ni sebab simple dan elok hasil kejadian. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  7. Oh ini kami sebut serabi atau surabi kalau di sini kak. Saya paling suka kalau makan pakai kuah durian 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain serabai dia guna tepung beras je tak guna tepung gandum, serabai biasa sebelah je masak belah atas dia putih dan makan dengan yang manis cicahnya

      Delete
  8. linda suka ni... sedappp...makan macam tu je ...

    ReplyDelete
  9. Dulu kecik2 selalulah sangat sarapan lempeng apam ni.
    Tak makan dengan sambel sebab lempeng apam manis.

    ReplyDelete
  10. Eh eh..x sihat tapi masih memasak ni...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...