Monday, May 11, 2026

PM PATIN TEMPOYAK AU3

 Assalamualaikum semua,

Sudah beberapa minggu aku teringin nak makan patin tempoyak, tapi baru semalam dapat merasa. Teringat ada satu kedai yang selalu lalu kat fyp tiktok aku, PM Patin tempoyak. Dia jual di gerai tepi jalan je, tapi sebab selalu nampak di tiktok itu cakap kat Edy. Semalam lepas beli barang sebelum balik rumah tu singgah la dulu. Ambil bahagian badan dan ekor RM17 tapi memang besar dan segar ikan patinnya. Takde bau tanah atau hanyir. Bagi aku sedap juga masak tempoyaknya cuma aku pernah makan yang lagi sedap lagi. Dapat la terubat rasa teringin tu kan.



Ikan talapia dengan ikan patin bila orang order baru dia goreng

1 bekas ni besar isi dan banyak kuah



Betul-betul tepi simpang

Orang ada penyakit  CKD tak boleh makan durian tapi kita rasa-rasa sikit boleh la kan

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...