Friday, May 15, 2026

RESEPI APAM GORENG JAGUNG

 Assalamualaikum semua,

Takde idea nak kongsi apa , almaklum kalau kat rumah dah makin malas nak masak. Sabtu pun sekarang ni aku kadang masak kadang tak untuk sarapan. Selalunya Edy akan bungkus untuk sarapan Aiyan aku pulak kadang bawak bekal roti atau buah je masa hd. Hari ahad bila keluar beli barang memang selalu lajak sampai tengahari jadi terus makan kat luar itu yang jadi aku jarang masak sekarang ni hehehhe. Kira boleh la kan resepi gini. 

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 tin jagung krim

3 sudu besar gula

sedikit garam

1 sudu kecil yis atau mauripan

Air suam secukupnya

Cara Masak:

- Masukkan semua bahan dalam 1 bekas besar kecuali air suam.

- Masukkan air sedikit demi sedikit sampai dia agak pekat.

- Tutupkan bekas besen dengan tuala atau penutup tinggal untuk 30 ke 40 minit bila dah kembang adunan tu boleh la kita goreng.

- Sapu minyak kat kuali, masukkan adunan bila dah masak pusing untuk sebelah lagi

Boleh di makan begitu saja atau cicah dengan sambal, atau kelapa parut. 





4 comments:

  1. Sedaaaap nya kue serabi pakai jagung begini 😍😍😍. Jarang saya temui serabi pakai jagung. Ada tapi tak banyak yg jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama dengan serabai dik... serabai tak guna tepung gandum dia tepung beras je hahaha...

      Delete
  2. Faham sangat perasaan malas masak tu, kadang-kadang kita pun buntu nak masak apa kan? Tapi resepi ni nampak 'simple' dan menarik. Sesuai sangat untuk orang yang nak cepat macam Akak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kak buat sarapan sedap, buat minum petang pun ok

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...