Friday, October 15, 2021

KERANG MASAK LEMAK CILI API

 Assalamualaikum semua,

Hari ke tiga kuarantin, hari ini diminta ke Klinik Kesihatan sebab Aiyan kene pakai gelang tangan mahal. Semalam dan kelmarin ada lagi kes di transit Aiyan, itulah sebelum ni pihak taska ambil mudah, bila dah semakin ramai yang kene padanla muka 😏.

Oklah meh aku kongsi resepi dengan kawan-kawan hari ini. Dekat rumah semalam petang dah takde air harap pagi ini ada dahla air nya.

Bahan-bahan:

1 1/2 kg kerang, basuh bersih

2 batang serai diketuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

2 biji bawang merah kecil, tumbuk

6 biji cili bangla, tumbuk

1 inci kunyit hidup, tumbuk

1 helai daun kunyit

1 kotak kecil santan

2 keping asam keping

Garam

Cara masak:

- Tumiskan serai dan bahan-bahan tumbuk hingga masak

- Masukkan kerang, kacau sikit tambahkan santan cair sikit lepas tu tutupkan dengan penutup hingga kerang terbuka.

- Tambah lagi santan dan daun kunyit, asam keping dan garam... siap

*sedap menu ni, emak aku lah dok kata sedap cubalah... tak menyesal cuba

Bahan utama

Tumis hingga masak bumbunya

Masukkan kerang

Tambah santan cair sikit

Tambah santan lagi dan bahan lain

Siap dah

17 comments:

  1. tk pernh mkn menu kerang masak lemak..sedap nmpknya tu

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu kerang blh msk lemak.. nampak sedappp.. boleh la try.. takdela asyik kerang sambal la, kerang rendang la, kerang rebus la.. hehe

    ReplyDelete
  3. moga dilindungi Allah swt... Menu kerang masak lemak ni baru 1st time tau n xpernah rasa..nmpak mcm sedap je tu dana

    ReplyDelete
  4. Sedapnyer kerang masak lemak cili api
    Semoga Aiyan baik2 sahaja

    ReplyDelete
  5. kerang yg ammi boleh makan bila dah jadi rendang je.
    tapi ada gak tengok resepi kerang best...nanti nak cuba utk yg lenlain dlm rmah

    ReplyDelete
  6. ooo..saya selalu buang kulitnya dulu, boleh rupanya masak dengan kulit

    ReplyDelete
  7. aishhh...sedapnyaa Dana..dah lama akak tak masak kerang masak lemak cili api...

    ReplyDelete
  8. Selalu buat kalau beli kerang,sedap,kan..tp nak kena kerang yg besar2...malas nk kopek yg kecik2

    ReplyDelete
  9. Ya Allah banyak ke kes di taska? Nampaknya kena ketatkan pemeriksaan budak yang diletakkan dalam taska.
    Oh tidak payah buang kulit. Tidak pernah nampak orang buat kerang masak cili api.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kerang masak lemak cili api.
    Saya suka bubuh kuah banjir atas nasi.

    ReplyDelete
  11. tak pernah buat kerang masak cili api...kali pertama ni ternampak... boleh cuba la nanti...yummm

    ReplyDelete
  12. Masakan rare. Tak pernah lagi rasa kerang masak lemak cili api. Macam sedap juga tu. Masak kerang berkuah selain masak sambal dan rendang.

    ReplyDelete
  13. Kerang masak lemak cili api.. Rare nie.. nak buat jugalah.. hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...