Tuesday, October 12, 2021

ALAT ROUNDING DOH

 Assalamualaikum semua,

Ini alatan memasak yang aku baru beli, antara alat yang boleh memudahkan kerja merounding doh atau membulatkan doh. Selalunya kalau kita nak buat roti atau donat kita kene bulatkan doh supaya jadi cantik dan licin baru roti kita akan jadi cantik elok. Aku kadang tak berapa pakar lagi membulatkan. Jadi baru-baru ini terjumpa alat ini masa dok godeh Shopee, menarik dan mampu milik terus beli. Kebetulan sampai hari Ahad, aku memang tengah buat roti, terusla cuba. Hasilnya comel jugak walaupun tak la selicin buat dengan tangan. 

Untuk yang tak pakar lagi, bolehla beli alat ini.

gini rupa dalam dia

dari luar

aku beli di shopee


ini video rounding tu ya

25 comments:

  1. leka pulak saya tengok rupa alat tu sekali dengan video nya

    ReplyDelete
  2. Ooh..gitu gunanya. Kalau takde video, tak terbayang akak camne nak guna 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang sertakan video kak, kalau tak orang tak tau macamne caya guna nya

      Delete
  3. nmpk lg senang je gne alat ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau yang dah pakar buat roti, pakai tangan lebih lembut n licin, alat ni untuk yang baru berjinak-jinak buat roti mcm akak ni hehehhe

      Delete
  4. mudah la ada alat mcm ni..senang nk bentuk bulat bagi cantik sekata

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, belum pakar rasa mudah guna alat nih,kalau dah pakar mesti kejap je roundingnya dengan tangan

      Delete
  5. Apabila tengok video baru tahu macam mana guna. Hehe akak lagi tidak tahu ada alat begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, dana sertakan video supaya kawan-kawan tahu macamna dia berfungsi

      Delete
  6. Cantik hasilnya...tentu lbh bersemangat nk meroti,mendonat lps ni

    ReplyDelete
  7. mesti pasni lebih byk benda lain nk dimasak.,. ;p

    ReplyDelete
  8. Ohh ada jugak alatan untuk membulatkan doh. Okay jugak kan memudahkan kerja bulatkan doh untuk newbie. Nampak macam coffee filter letak atas cawan tu pun ada.

    ReplyDelete
  9. function juga alatnya. saya rounding manual guna tangan rasa serupa nak naik biceps sbb lenguh. tp maslaahnya doh donat tu tak bulat licin pun. nyampah kadang-kadang hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kita xpakar sgt buat rounding, ada jump alat ni laju je

      Delete
  10. Senanglah nak bulatkan doh tepung untuk buat kuih.

    ReplyDelete
  11. kalau memudahakana kerja memang elok la beli kan....berkenan kat roti Dana, ntha bila la dapat merasa

    ReplyDelete
  12. Nampak kat fb kak dana..memudahkan lagi nk meroti kan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...