Wednesday, October 13, 2021

PENGALAMAN PERTAMA

 Assalamualaikum semua,

Semalam petang masa ambil Aiyan, ada orang tegur katanya suruh bawa Aiyan buat swab test. Sebab ada seorang kanak-kanak datang ke taska pada jumaat petang dan dia positip. Petang jumaat tu dia ada datang dan main dengan kanak-kanak di transit termasuk Aiyan.

Lepas cakap dengan dia dari JUPEM sampai ke rumah macam-macam aku fikir. Kalau negatif oklah kalau positif panjang ceritanya dengan Aiyan yang dah sekolah, aku dan Edy yang kerja. Edy sampai rumah je terus kami ke klinik untuk buat ujian rtk. Debar jangan cakap, aku dengan Aiyan pertama kali la kene jolok hidung, Edy dah biasa setiap 2 minggu kene buat. Pedih jugakla hidung ni sampai ke malam terasa gatal sengal tu takde dah. 

Keputusannya kami semua negatif, tapi Aiyan kene kuarantin 14 hari. Kalau dalam 14hari selsema dan batuk semakin teruk diminta buat rtk kedua. Peg. Perubatan tu bagitau aku dan Edy tak perlu kuarantin sebab dah cukup 2 dos tapi kene jugakla ambil cuti untuk jaga Aiyan. Doakan semoga Aiyan cepat sembuh dan tak perlu buat rtk kedua.

Menunggu Edy daftar dalam klinik

Budak yang jadi kontak rapat

Pukul 6 lebih masa ni

Selesai semua sampai rumah pukul 8 lebih, lama dah kami tak keluar dan balik malam gini

Alhamdulillah negatif

Nasib Edy tak rakam aku, kalau tak jadi bahan gelak la


Sempat rakam Aiyan je, nasib dia tak nangis walaupun dia tarik tangan macam aku juga 😅

32 comments:

  1. semoga aiyan dan kak dana sekeluarga kekal negatif. tu la yang risau tu bila budak2 dah sekolah ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dik,mekasih... kene di transit sudahla transitnya tu berekon lagila bahaya

      Delete
  2. Allahu.. semoga dipermudahkan urusan dana sekeluarga... stay safe ye.. semoga terus negatif result semua

    ReplyDelete
  3. mesti terasa tak selesakan Dana...moga Aiyan kembali sihat hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg besar ni pun rasa tak selesa ni kan pulak budak

      Delete
  4. Ya Allah..tak kuat rasa kalau dapat berita kontak rapat ni. Seram nak kena jolok hidung tu. Semoga Kak Dana sekeluarga terus kuat dan kekal negatif tiada gejala. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminn...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, result negative tu

    ReplyDelete
  7. semoga aiyan baik2 aje...take care dana sefamily

    ReplyDelete
  8. Allah, baru bersemangat Aiyan hendak ke sekolah terus kena kuarantin.
    Semoga tiada apa-apa. Selalu orang dewasa yang ada kontak rapat. Ini Aiyan jadi kontak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak 2minggu xdpt kesekolah... sebab yag positif anak di tadika

      Delete
  9. Semoga takde apa- apa untuk Dana dan keluarga...kesian Aiyyan....sure tak selesa tu..aunty SA ni dah 3 kali jolok hidung..memang tak selesa...x suka kalau kena swab test

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...mekasih kak itulah hrpnya selsema n batukcpt sembuh kalau tak kene buat rtk lg

      Delete
  10. semoga dipelihara semua ahli keluarga.. semoga mudah segala urusan. amin

    ReplyDelete
  11. semoga sumenya baik2 je..
    semoga dipermudahkan segala urusan kakdana n family..

    ReplyDelete
  12. Asalam..kita semua hakikatnya berisiko..apatah lagi dalam keadaan dikatakan wabak dalam komuniti..hati2 tetap kekal SOP..masih kita berjaga jaga kumpul ramai-ramai atau hadir majlis ramai2..Semoga semuanya sihat .Banyakkan doa ya

    ReplyDelete
  13. Syukur negatif..waspada selalu ya

    ReplyDelete
  14. Kak moga xde pape ya..Alhamdulillah negetif..apa2 pun stay safe kak!

    ReplyDelete
  15. MOGA AIYAN TIADA MASALAH SELAMAT SEMUANYA AMIIN

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah Ayyan negatif.
    Memang risau kan Dana sebab Ayyan dikira kontak rapat.

    ReplyDelete
  17. semoga Ayyan sihat jelah sepanjang tempoh kuarantin ni

    ReplyDelete
  18. Allah.. semiga yang baik-baik sahaja buat Dana sekeluarga.. Aamiin..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...