Monday, October 4, 2021

ASAM PEDAS TELUR IKAN DURI

 Assalmualaikum semua,

Entri kali ini memang bikin jiwa kacau, dah lama teringin akhirnya dapat juga jumpa. Sabtu baru ini aku dengan Maktek ke pasar tani Taman Melawati teringin cari kudapan sambil cuci mata dah lama tak ke sana. Pusing-pusing boleh jumpa pulak telur ikan duri ni,  ya ampunnnn... wajibla beli.

Biasa yang orang jual tu ikan mayong sebab saiz kantung besar, ini kan duri kecil sikit tapi sama je rasanya. Aku lebih suka beli yang nampak rupa gini dari beli yang beku keras kejung. Beli yang masih dalam kantung lebih mudah masak, aku beli 2 pinggan tamak kan. 1 pinggan RM20 kalau sekilo RM70 hambik ... mahal macam apa kayangan sungguh.

Balik rumah tu masak lah asam pedas telur ikan duri, aku masak je semua sebab ingat nak bagi Maktek nanti. Petang lepas asar Maktek dengan Ecah datang rumah, memang aku suruhla dia makan. Selalu nampak adik-adik kat kampung tayang bila emak masak, kali ini dapat makan sendiri puas hati.

Masa ini rambang mata, aku pilih yang masih banyak dalam kantung lagi



saiz tak besar sangat tapi ok lah, yang penting isi nya tu

kalau yang dah terkeluar macamni, dia mudah pecah dan buat kuah jadi pekat

siap masak, mak pesan jangan masak lama-lama guna api kecil supaya telur tak jadi keras




seronok bila Maktek kata sedap kak, sambil tambah nasi... 

Maktek dan kicap tak boleh dipisahkan


30 comments:

  1. telur ikan duri sedapnya masakasam pedas nikmat laut

    ReplyDelete
  2. jauh g psar tani
    telur nmayong selalu tfk org masak. tp. x penah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat je dengan rumah kak pasar tani taman melawati tu
      ini telur ikan duri kak

      Delete
  3. telur ikan ni byk kolesterol tak? wak x penah try lagi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la wak kolesterolnya janji jangan la kita makan setiap hari sesekali bolehla wak... sedap wak oi

      Delete
  4. Dana..dek teringin tgk telo ikan dana msk ni..kelmarin akak suruh suami belikan gulai telo ikan..yg ada gulai telo ikan tenggiri..jadilah..

    ReplyDelete
  5. Makk aii Dana, dia jual macamtu ke? Gilerr arr, bestnyaa... ni kalau Sis nampak, mau Sis borong oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak dia jual telur je, kalau biasa yang jual frozen tak berapa minat nak beli

      Delete
  6. Sedap ini. Lama tidak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lama tak makan, sebelum ni kalau balik kampung baru dapat makan

      Delete
  7. sedapnya asam pedas telur ikan. kami dulu tak reti nk makan telur ikan jenis ni. sejak kawen, mentua selalu masak ni dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah hani, lepas ni dah tahu la mana nak cari kalau teringin

      Delete
  8. comel2 je telo ikan.. hihikk.
    geram nk picit2.. haha

    sy xpernah mkn telo ikan duri ni kakdana..

    ReplyDelete
  9. Ohhh baru Akak tahu telur ikan duri kantung dia kecik ye Dana , yg besar Tu baru ikan mayong.. mmg sedap bila dpt asam pedas telur ikan ni. Tak kiralah telur ikan apa Kan..😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kak kecil sikit dari ikan mayong... tulah kak lama sangat tak dapat makan ni, bila jumpa happy sungguh

      Delete
  10. Lauk.lejen ni dana. Berebut kalau kat kg ni

    ReplyDelete
  11. sedap kalau dibuat sambal tak pun dibuat gulai

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, lepas ni kalau beli lagi nak buat gulai atau lemak cili api pulak

      Delete
  12. Ini kalau dapat ni, mak mertua lalu kat depan pun boleh buat bodoh je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh laki duduk sebelah pun kita tak sedor, lagilah laki tak makan telur nih

      Delete
  13. Tengah musim bertelur ikan duri ni agaknya.
    Kalau dapat telur ikan mayong lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wak, ikan mayong besar lagi kan... tapi sebab lama tak makan ikan duri pun dah best sgt wak oi

      Delete
  14. Ammi tunjuk kat suami haritu gambar Dana kat FB.. ayat dia "Uishhhhh takleh jadi ni"

    ReplyDelete
  15. Tak pernah makan telur ikan besar besar gini kak. Biasa makan jenis kecik kecik je. Suami pun tak makan telur ikan, jadi nak merasa tu lambat lah lagi. Kalau ada jumpa depan mata bolehlah rasa sikit sikit.

    Seronok tu dapat makan favourite kita. Sekali dapat beli 2 pinggan terus :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...