Friday, October 29, 2021

RESEPI TELUR DAN DAGING BURGER MASAK SOS

 Assalamualaikum semua,

Bila hari kerja ni kadang aku kurang rajin masak, kadang lauk pun takde. Tapi kadang bukan hari kerja pun bila dah datang malas tu, tak boleh buat apa. Cumanya telur antara lauk yang sentiasa ada dekat rumah. Baru-baru ini malas nak cairkan daging yang keras buat la menu simple je dengan telur rebus dan daging burger. Janji sedap buat lauk kan. Meh aku kongsikan resepinya ya

Bahan-bahan:

5-6 biji telur, di rebus dulu

3 keping daging burger masak dalam 5 minit dalam AF, potong kasar

3 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang merah besar, hiris halus

2 biji tomato, potong kasar

1 sudu besar cili boh

4 sudu besar sos cili

sedikit air

Garam/ gula secukupnya

Minyak untuk menumis


Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan bau harum

- Masukkan cili boh kacau kejap, masukkan sos cili dan sedikit air tumis hingga pekat

- Masukkan telur rebus dan daging burger, kacau lagi biar sekata. Masukkan sedikit gula dan garam. Siap

- Sedap di makan dengan nasi panas, kalau suka pedas boleh je tambah lagi hirisan cili api

Tumiskan hingga layu ya

Tambah cili boh, kalau suka pedas boleh tambah banyak cili boh

Lepas sos cili dah tambah suka bau tumisan dia sedap

Kita campur semua bagi sebati ya

Siap, kebetulan ada lebihan daun kucai... taburla sikit biar nampak lawo hhehehhe

24 comments:

  1. Asalam... Tahnia bakal tersenarai 15 Hits Blog dan blogger Malaysia di Web Etuza ya..Alhamdulillah
    Kita bersama mewarnai persada maya secara sihat..

    ReplyDelete
  2. adui ..rasa nak makan ja..baiklah saya ke dapur dulu..Blogwalking dah selesai..sambung lagi di petang hari ya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ya betul tu Ammi, cuma kalau sweet sour dana suka tambah lagi tomato potong dadu, nanas, carot dan sayur campur

      Delete
  4. sedap tu mkn dgn nasi sarapan pagi

    ReplyDelete
  5. Wah x terfikir pulak menu ni dana... mesti sedap kan? pastu hidangkan atas daun salad.. fuh lengkap dah semua sayur ada protein ada.. senang cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ratah gitu je pun dah best, makan dengan salad pun ngam

      Delete
  6. So kreatif dana...malas2 pun heaven jgk resepinya

    ReplyDelete
  7. Ringkas betul. Boleh ini kalau tiada benda hendak masak.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap sangat dah lauk tu..Agaknya kalau makan dengan nasi lemak pun sedap ni

    ReplyDelete
  9. mcm ni je boleh buat makan 2 pinggan ni

    ReplyDelete
  10. ni akak pulak rasa terliur tengok lauk Dana ni.
    Telur mmg wajib ada kat rumah sesiapa pun rasanya dan telur ni lauk paling menyelerakan tak kira masak apa pun kan

    ReplyDelete
  11. Ada telur, macam macam masakan boleh buat olah ikut selera kita. Sedap jugak tu campur dengan daging burger :)

    ReplyDelete
  12. Aduh.. Menarik idea resepi dana ini.. Sesekali memasak cengginie pun okay juga..

    ReplyDelete
  13. simple je menu but nampak sedap...leh try ni. tq for sharing!

    ReplyDelete
  14. wah, special ni.
    all in one mangkuk :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...