Thursday, October 7, 2021

PHOTO DIARY #37/2021

 Assalamualaikum semua,

Sekejap je dah hari khamis semula, cepat betul masa berlalu. Tahun 2021 ni pun laju je rasanya yelah sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober dah, tapi banyak yang kita tak dapat buat pun lagi. 

Jom kita layan cerita bergambar ya.

Pejabat aku di tingkat 6, yang ada bidai dan betul-betul ada bendera itu bilik aku 

Posing gaya apa pun tak tau


Masa ni Maktek ada kerja, jadi dia minta aku jagakan Ecah 

Ecah kata dia buat bentuk hati

Ini bukan Aiyan atau Ecah yang buat tapi budak berbulu tu, main lari-lari sampai rupa gini karpet 

goreng donat lepas tu lupa ralit tengok tv, geseng la jadinya

Sedap rupanya jeruk bawang putih, ranggup 

Waktu tengahari masa ambil Aiyan kat sekolah, lenggang je jalan ni sebab sekolah lain tak mula lagi, ada 3 sekolah dekat jalan ini... 

Bahaya betul bila dah mula rasa sedap layan kopi ni, kopi kosong tapi ada ais

Waktu rehat memang aku akan matikan lampu bilik dan lampu depan bilik aku, gelap je lepas tu aku makan sambil layan blog Fiksyen Shasha

pokol strawberi yang 1 ini memang rajin berbunga dan berbuah harapnya jadilah lepas ini buahnya, tapi 3 pokok lagi tu merajuk ke apa ke pokok jantan huhuhu

Hari isnin tu dia tunjuk dapat hadiah menang jawab kuiz sempena Bulan Kemerdekaan, balik rumah terus tunjuk apa yang dia dapat

terjumpa gambar lama, rasanya ni gambar raya tahun 2008 ke 2009, nostalgia sangat heheheh 

21 comments:

  1. jeruk bawang xpernah mkn.. bila tgk kakdana punya tu rs terliur plak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba lah, takde rasa pedas bawang putih tu

      Delete
  2. nak tengok jua rupa strawberi dana moga ada buahnya amiin

    ReplyDelete
  3. Sekali pandang, Ecah nampak macam Cik Yam anak Fizo pula masa dia pakai facemask tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke hehehe mungkin rambut dan mata tu kot agak sama sikit

      Delete
  4. Gaya Ecah macam bilal laungkan azan. Hehe.
    Tidak pernah makan lagi jeruk bawang putih satu besar itu. Hehe Kira makan dengan kulit bawang putih sekali kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada gaya jugak tu... buang lapisan yang awal2 tu je dah ulas-ulas tu tak buang pun boleh makan... makan seulas-ulas tu

      Delete
  5. tahun 2008/2009 blom ada whatsapp fesbuk atau tiktok., hehehe

    ReplyDelete
  6. sama la dengan saya..si bulus klo berlari mmg habis carpet bergerak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kadang kaki kita pn dicakarnya bila dok sibuk berkejaran

      Delete
  7. Kejap dah masuk Oktober dah. Seronok lah Aiyan ada Ecah datang. Ada geng dia. Tak pernah lagi beli nasi kerabu ada jeruk bawang putih tu. Menarik gak untuk dicuba kalau ada orang jual. Kalau sesekali mengopi memang sedap kak.

    Aduhaii..ireng sudah donut kak dana. Mujur tak rentung sangat boleh makan lagi tu.
    Tahniah Aiyan meanng hadiah.
    Nostalgia sangat gambar lama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeruk bawang tu selalu pilihan, akak saja teringin dah lama tak makan dengan jeruk tu... itulah donat nya ireng tp nasib sebelah tu boleh makan lagi

      Delete
  8. Replies
    1. dah keluar buar 2 kali, tp yang 1 tak menjadi.. harap yg kali ini jadi lah buahnya

      Delete
  9. Waaa nasi kerabu bawang putih jeruk...soooo mabeles .

    ReplyDelete
  10. Harap2 raya tahun depan dapatlah bergambar keluarga macam tahun 2008 tu

    ReplyDelete
  11. Teringinnya nak makan jeruk bawang putih tu...sedapnyaaa

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...