Friday, October 22, 2021

RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN DURI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiarang di pejabat setelah hampir 2 minggu bercuti di rumah. Telur ikan nya dah lama habis tak resepinya baru nak letak hehehhe... Aku nak kongsi cara aku masak asam pedas telur ikan duri. Nak masak sama je macam masak asam pedas biasa cuma kita kene masak kuahnya sampai dah cukup rasa semua akhir sekali baru masukkan telur, kalau  masak lama sangat tak sedap, masak cukup-cukup masa je baru sedap.

Bahan-bahan:

Telur ikan duri @ ikan mayong (telur ikan apa pun boleh)

4 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang merah besar, kisar

2 inci kunyit, kisar

1/2 inci halia, kisar

2 sudu besar cili boh

3 keping asam keping

5 tangkai daun kesom

1 helai daun kunyit

Air secukupnya

Gula/ garam

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan kisar dan cili boh hingga pecah minyak.

- Dah pecah minyak masukkan air 1 cawan, masukkan asam keping perasakan dengan garam dan gula sikit, masukkan daun kesum.

- Dah cukup rasa semua, perlahan kan api masukkan telur ikan, daun kunyit api paling perlahan jangan kacau-kacau masak untuk 10 ke 15 minit, bila dah tukar warna telur tu, dah masak boleh matikan api. Jangan masak lama sampai dia jadi keras tak sedap. 


bahan utamanya

ini pertama kali aku masak asam pedas telur, selalu makan  yang mak masak kat kampung tapi itu siap dengan kepala dan ikan


Tumis hingga pecah minyak tau... lama dengan api sedang

Dah pecah minyak baru masukkan air dan bahan lain

masukkan telur aku tutup periuk api paling perlahan

Jenguk kejap masih ada yang belum masak lagi... 

Akhirnya siap masak, tak kacau tapi ada telur yang bulat tu dia pecah jadi pekat asam pedas ini

cuba rasa sikit, sedap ke idok... 

Sedap meletup-letup dalam mulut gitu... 

24 comments:

  1. ooo kalo saya suka yang keras tu hihihi..maybe sebab dari kecik mamak masak jenis gitu..bila jumpa yang meletup2 ni rasa pelik pulak bila makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keras sikit ok Sunah tapi kalau lama sangat masak keras kenyal tak boleh nk gigit jadinya...

      Delete
  2. sedap nmpknya..tkpernh mkn telur ikan duri

    ReplyDelete
  3. Kalau Pak Zain kan dia suka masak telur ikan duri ni half cook....sedap..meletup2 dalam mulut...hehehe...lamanya x makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah macam yang mak suka masak kak, itu dia pesan berkali jangan masak lama-lama nanti keras

      Delete
  4. Sedap...meletup2 dalam mulut..kalau masak lama jd keras sikitkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, kalau terlebih sgt keras jadi tak sedap nak makan

      Delete
  5. Wah..nampak ja pun memang timbul selera

    ReplyDelete
  6. Belum pernah lagi masak asam pedas telur ikan. Boleh ambil tips memasak daripada Dana. Tq.

    ReplyDelete
  7. uiiii besarnya telur ikan ni. biasa tengok mak masak yg telurnya biji kecil je

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur ikan duri atau ikan mayong memang jenis besar gini

      Delete
  8. telur ikan yg besar2 camni akak x penah mkn
    kalu telur ikan kecik penah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau jumpa nanti cuba kak... mana tau kene dengan selera

      Delete
  9. tak pernah masak telur ikan. teringin juga nak rasa

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi makan telur ikan besar. Paling besar makan telur ikan kat sushi tu je :)

    ReplyDelete
  11. Asam peda mmg faveret ni. Buh kuah banyak curah kicap manis… pergh. Baru ni balik kampung … sebelum sampai rumah mmg asam pedaslah dicari dulu. Kebetulan … pun makan asam pedas telo ni… tpi rasa muak pulak hari tu .

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...