Tuesday, May 12, 2020

MENU BERBUKA KAMI

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku kerja di pejabat, boss beritahu kene kerja sekurangnya 2 hari seminggu. Minggu ini aku datang hari ini dan jumaat nanti, tak sangka ahad 24hb dah Raya Puasa. Suasana ramadhan tahun ini memang berbeza, tak boleh nak diluahkan macamne. 

Aku nak kongsi antara menu berbuka puasa yang telah aku sediakan, setiap hari aku masih rajin masak sendiri sejenis makanan berat dan sejenis kuih. Jom tengok mana tahu boleh jadi idea untuk berbuka atau sahur nanti. 

Buat masa ni sup bebola dan mee goreng paling dapat permintaan, si aiyan kalau boleh tiap hari nak makan mee. Ikut kan jelah budak baru belajar berpuasa tu. Ini menu aku masak untuk 4 orang, paksu kan duduk dengan aku sekali.

27 april, iftar ke4
nasi tomato, ayam masak merah, acar mentah, murtabak mini dan karamel jiran bagi

28 april, iftar ke5
nasi putih, sotong masak kicap, pisang tanduk goreng dan puteri ayu,kuew tiaw tomyam maktek bagi

29 april, iftar ke6
nasi putih dengan kari daging, kek oren, roti sardin goreng, kuih hijau tu jiran bagi

30 april, iftar ke7
makaroni bolognise, ayam panggang ala dominos, nugget dan karipap, murtabak mini jiran bagi

1 mei, iftar ke8
makaroni bakar, mee goreng, apam coklat, kari ayam dan ketayap jiran bagi

2 mei, iftar ke9
nasi putih, asam pedas ayam, kuih kaswi, nugget dan kopok lekor, sup tulang dan kaswi pandan jiran bagi

3 mei, iftar ke10
nasi putih, sup ayam, tumis kobis, vade dan keropok lekor, mee goreng, pengat maktek bagi, puding jagung dan kuih bakar jiran bagi

4 mei, iftar ke11
oden, maggi goreng, popia bergedil, buah melaka dan kek pisang jiran bagi

5 mei, iftar ke 12
nasi goreng, donat bulat dan kfc, agar-agar, kek butter dan kuih bakar jiran bagi

6 mei, iftar ke 13
mee sup bebola daging, popia bergedil, meehun goreng dan popia sira jiran bagi

7 mei, iftar ke14
nasi lemak, apam nasi, nugget dan keropok lekor dan ketayap jiran bagi

8 mei , iftar ke15
mehun sup bebola, popia bergedil dan kuih bom bijan, lemang jiran bagi

9 mei, iftar ke 16
nasi ayam thai, cheesekut, pau kelapa dan kacang merah, karipap dan kuih lapis jiran bagi

10 mei, iftar ke17
nasi goreng kampung, ayam popcorn, temosa, karipap dan kuih bom bijan,
pingat pisang, pengat butir nangka dan kek mabel jiran bagi

11 mei, iftar ke 18
mee goreng daging, karipap dan popia sardin, kuih beronok atau sagu jiran bagi

22 comments:

  1. Meriahnya juadah berbuka puasa setiap hari. Rasa macam nak menyelit jew di situ heheeee.... Rayyan suka makan mee goreng ye, sama macam suami saya beberapa tahu dahulu. Setiap kali nak buka puasa mesti ada mee goreng. Sekarang dah tak begitu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni berbuka berdua je, aiyan kadang tak makan sangat sebab dia tak puasa tapi tahun ni dia baru mula berpuasa dan ada paksu, itu menu meriah sikit kak

      Delete
  2. Kuih warna hijau tu kuih cara manis. Semalam saya berbuka dengan cara manis dan berlauk.
    Tulah nak galakkan/ gembiranan orang berpuasa, ikutkan apa dia nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cara manis, tak teringat namanya sampai heheheh

      Delete
  3. meriahnyer kuih muih berbuka puasa utk 3 org jeer ghituuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu berbuka untuk 4 orang wak, ada yang jiran-jiran bagi...

      Delete
  4. MAKAN BERAMAI SEKELUARGA BERBUKA PUASA BERSELERA SEKALI

    ReplyDelete
  5. meriah sentiasa menu berbuka Dana. tengok pun dah seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar yang makan pun rasa seronok kak hehehhe

      Delete
  6. sedap-sedap semuanya...mangga tu menggiurkan juga...aduhhh, nak kena beli buah-buahan gak ni...

    raya 24hb Mei kan? Ahad...kalo 26hb, Selasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tq sunah betulkan akak... akak dok tengok hari selasa tapi terpikir raya pertama lak

      Delete
  7. wahhh meriahnya menu berbuka akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu makan ber3, ni ada adik jadi ber4... kebetulan PKP bolehla masak meriah sikit

      Delete
  8. Ramainya menu
    melimpah ruah rezekinya.

    ReplyDelete
  9. dh masuk ofis dua kali seminggu kira ok la tu..

    lepaskan kebiasaan duduk rumah hahaha

    ReplyDelete
  10. Meriah juadah berbuka Dana.. Yang paling sedap buah mangga tu..

    ReplyDelete
  11. Meriah menu berbuka kak dana dan family :)

    ReplyDelete
  12. sedap2 sungguh menu nya..sy sejak balik rumah sewa ni berbuka sorg main tapau ja tupun beli satu menu ja

    ReplyDelete
  13. Pehh meriah betul menu Dana setiap hari

    ReplyDelete
  14. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...