Saturday, May 9, 2020

RESEPI POPIA BERGEDIL VIRAL

Assalamualaikum semua,

Aku tak berapa rajin buat tauhu bergedil, tapi dengan popia ni aku teruja sebab kat rumah ada stok kulit popia. Benda viral kita pun nak mencuba lah ye.

Bahan-bahan untuk bergedil

1kg kentang potong kecil dan rebus hingga empuk
10 biji bawang merah kecil, mayang dan goreng hingga garing
2 keping daging kisar ramly, goreng hingga separuh masak
1 biji bawang besar, cincang
1 pokok daun sup cincang
1 sudu besar serbuk kasar lada hitan
Garam
1peket kulit popia
3sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 cawan air sejuk



Cara masak:

- tumbukkan kentang, bawang goreng, bawang hingga lembut.
- bila dag lembut masukkan semua bahan dan gaul rata
- bolehla gulung dengan kulit popia.
- bancuh 3 sudu tepung gandum, 3 sudu tepung beras dan air sejuk, cair je
- celupkan popia dengan tepung dan goreng hingga garing.
- makan cicah sambal kicap


Ini inti yang dah kita tumbuk dan gaulkan semua

gini gaya rupa dia ya

Lipatkan yang belah kiri ke kanan tutup bergedil tu dan gulung

Rupa belakang dia, tertutup

Belah depan dia terbuka sebab tu celup tepung untuk goreng

Gigih tak gigih

Buat juga bentuk popia biasa untuk frozenkan

goreng hingga kekuningan

Ini rupa dah siap goreng... 

Isi dalamnya... nyummy

22 comments:

  1. Gulung terbuka inti ye. Saya rasa semua boleh dijadikan inti untuk popia.
    Menarik bergedel buat inti.

    ReplyDelete
  2. Selalu guna tauhu tu je. Idea nih hehe

    ReplyDelete
  3. yg viral pasti nk cuba kn..sedap nmpknya...adik ipar akak pn ada share aritu die buat...

    ReplyDelete
  4. MASAKAN LA NI KREATIF N SEDAP

    ReplyDelete
  5. Popia mmmg kuih wajib msa bulan puasa terutama popia pedas2 manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat betul, time puasa dan hampir raya ramai yang cari

      Delete
  6. Assalamualaikum. uish... apa2 pasal bergedil mmg best.

    ReplyDelete
  7. Belum cuba lagi ni popia bergedil viral. Nanti senang2 nak buat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mudah rajinla nak cuba kak, kalau yg payah malas sikit

      Delete
  8. nampak gak orang post ni dalam group food delivery..dah viral rupanya ek..belum pernah try lagi..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. first time tengok popia bergedil. viral juga eh. unik betul style gulungan lipatan tu.

    ReplyDelete
  10. okay next nak try ni. a few days ago ray try buat tauhu bergedil daging. bahan lebih kurang sama ni, i'll try it soon. thank you for the resepi akak

    ReplyDelete
  11. Owh.. gitu gaya membuatnya.. Menarik..

    ReplyDelete
  12. ada gak ni aida tgk kat fb.
    utube sape ntah, dana.
    popia bergedil :)
    nampak sedap sgt sgt.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...