Monday, May 11, 2020

RESEPI VADE

Assalamualaikum semua,

Di bulan puasa ini, aku rajinkan diri untuk masak sejenis makanan berat dan sejenis kuih untuk menu berbuka. Aku prefer menu yang mudah je. Vade ni dah lama aku nak cuba tapi asyik tak jadi je, tapi bila dah jumpa kacang dhal apa lagi. Cara mudah yang aku tengok kat youtube Sugu. Caranya ringkas je tapi sedap.

Bahan-bahan:

250g kacang dhal rendam sekurangnya 2jam
1 biji bawang merah besar, potong dadu
2 tangkai daun kari, potong halus
3 biji lada kering, guntingkan kasar
2 biji cili api, potong bulat (kalau tak nak letak pun takpe)
1 sudu kecil jintan manis, tumbuk kasar
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara masak:
- kisar kering dhal yang kita rendam, rendam lagi lama lagi bagus tau, sebelum rendam asingkan dalam 3 sudu besar kacang dhal yang tak kisar

- campurkan semua bahan di atas, gaulkan rata dan goreng dalam minyak panas, api sedang ya

- goreng hingga kekuningan coklat dan garing

Gaulkan rata ya kawan-kawan

Goreng dalam minyak banyak ye, bau dia masa tengah goreng memang semerbak

Gorengan pertama agar kurang garing

Yang dah siap digoreng, ranggup sedap betul krup krap

23 comments:

  1. Kalau pergi pasar malam memang tak ketinggalan beli vade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul makan lak masa masih panas atau suam ranggup je

      Delete
  2. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    ohh vadey.. lama sungguh tak mendengarnya, hampir2 terlupa akannya. teringat pengalaman pi kursus masakan dulu2, lepas habis sekolah masa sedang menunggu tawaran sambung belajar. vadey nilah resepi mula2 diajar dalam kursus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ustaz, kuih ini agak mudah dibuat dan tak perlu bahan yang banyak tapi sedap

      Delete
  3. Zaman kecik2 dulu arwah ayah selalu beli di gerai mamak... sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamak buat memang sedap.... dah memang kuih india kan

      Delete
  4. salah timing blogwalking ke sini hahhaha lama lg berbuka ni, nampak makanan huh tergugat iman hahhahah lol

    ReplyDelete
  5. pernah makan beberapa kali vade ni, kakak angkat yang buat..sedap juga...

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah makan olahan kacang dhal ini.
    Saya penasaran seperti gimana rasanya.

    Terimakasih resepnya, ya.
    Saya akan mencoba membuatnya.

    ReplyDelete
  7. aku punya cam tak jadi. ataupun memang rasa dia camtu kot. cam tak boleh msk tekak sgt lak πŸ˜₯πŸ˜₯

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemana rasa cam tak jadi wei? Dia kan rasa lemak2 dhal tu

      Delete
  8. Sedapnya vade. belum pernah buat sendiri lagi.

    ReplyDelete
  9. wow this is new. x pernah makan pun lg

    ReplyDelete
  10. Sedap betul kalau dia rangup.. Buat sendiri lagi puas makan kan Dana..

    ReplyDelete
  11. Dana mmg rajin masak.. salute aa

    ReplyDelete
  12. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...