Friday, May 15, 2020

RESEPI LAKSA KUAH LEMAK @KUAH PUTIH


Assalamualaikum semua,

Ini menu aku kelmarin,idea untuk masak dah hampir kehabisan. Nasibla terpandang laksa beras dalam kabinet terus minta Edy beli ikan dan bahan untuk buat laksa lemak ni. Aku ikut resepi mertua aku masak, sangat ringkas dan mudah, sedap pulak tu.

Bahan-bahan:

10 ekor ikan sardin@ikan selayang/ ikan kembung 
( rebus dengan asam keping dan garam hingga masak)
2 ulas bawang putih, kisar
3-4 biji bawang merah kecil, kisar
1 keping asam keping
sedikit serbuk lada hitam kasar
1 kotak kecil santan
air secukupnya
garam

Cara masak:

- Kisarkan isi ikan, bawang putih, bawang merah dengan 2 cawan air rebusan ikan, jangan kisar hancur sangat tau.
- Bila dah kisar, rebuskan dengan lebihan air rebusan ikan dan serbuk lada hitam, rebus lebih kurang 5 ke 10 minit dengan api sedang kecil.
- Selepas itu boleh masukkan asam keping, santan, air ikut pada suka nak pekat atau cair. Akhir sekali masukkan garam bila dah mendidih kecil boleh matikan api.

*Mertua selalu makan dengan ulaman kacang panjang di hiris halus, tauge, bunga kantan dan kobis tapi ikut suka korang nak makan dengan ulam apa.
*Mertua juga selalu makan dengan laksa beras tau mee lidi, aku memang tak rajin nak buat laksam.


rebus jangan lama-lama tau

proses ni la  yang paling mencabar, aku tak kisar asing pun tulangnya... idok rajin

aku suka guna serbuk lada hitam yang kasar rasa lebih kick

jenis halus lak mee laksa yang laki aku beli ni, tapi memang betul laksa beras

cara makan yang betul, makan dengan cili boh dan sedikit belacan

ini laksa kegemaran aku dah sekarang

nikmat betul layan laksa gini... puas hati bila masak sendiri

42 comments:

  1. Sedapnya laksa kuah lemak ini.. Tapi tak pernah cuba buat.. Kalau kuah yang biasa tu pernahlah..

    ReplyDelete
  2. fav laksa klate ni...tk pernh buat sbb slalu mak yg buat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah mak ada boleh buatkan... kita mil jauh

      Delete
  3. sedap! bab nak mengasingkan isi ikan tu memang leceh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu lah kene buat dari awal, tunggu hari rajin jr

      Delete
  4. tetiba serro nak buka posa make lakso pulop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe kalau peminat laksa memang kita rasa nak buat je

      Delete
  5. Replies
    1. betul tu, dari beli baik masak sendiri puas hati

      Delete
  6. sedapnya kak. bulan puasa kali ni, tak sempat lagi nak melaksa.. kena cari hari juga ni nak buat laksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah akak kalau laksa penang tak berapa laku tapi laksa lemak ni laju

      Delete
  7. Rajinnya perisi isi ikan dari tulang...teringat masa kecik2 dulu...sambil perisi sambil makan isi ikan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu takkan nak kisar dengan tulang-tulang lak... renyah sikit sebab tu tak selalu buat

      Delete
  8. Sedapnya Kak. Laksa kuah lemak. Mak Feni pandai buat kalau balik Kelantan. Laksa makan dengan tangan baru sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tak feel pulak makan dengan tangan heehehhe

      Delete
  9. Sedapnyaaa. craving lah pulak tengok post akak ni.

    ReplyDelete
  10. sedapnya laksa tu..letak belacan banyak banyak..pergh

    ReplyDelete
  11. SEDAPNYA LAKSA LEMAK DANA LAMA DH XRASA

    ReplyDelete
  12. sebenarnya ada niat mau try buat laksa ni tapi tulah rasa macam leceh betul, banyak kena buat n sy nda rajin hahahhaa pemalas sungguh kahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang nak asingkan isi ikan tu memang agak cerewet

      Delete
  13. sedapnya kak...teringin tapi budak2 rumah ni kurang sikit makan laksa yang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham kalau orang tak biasa memang tak minat makan laksa lemak nih... simple tanpa rempah sangat

      Delete
  14. Pernah makan laksa kuah lemak begini di rumah kawan di Kelantan. Sedap! Belum pernah cuba buat sendiri.

    ReplyDelete
  15. Menyelerakn.. husben ummi org ganu..kne tau masak ni..hehe.kuahny same macam kuah laksam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kuah lemak ni padanan laksam jugak... cuma beza stail terengganu makan dengan cili boh dan belacan bukan sambal cuka

      Delete
  16. Replies
    1. heheheh nak jadi rajin masak nih bukan main gigih kak.... nasibla sempat buat jugak walau sekali

      Delete
  17. ya Allah kenapa ternampak laksa pagi2 begini adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe lain kali jenguk blog akak petang-petang or malam

      Delete
  18. laksa kuah putih ni selalu makan dengan laksam ja. hehe

    ReplyDelete
  19. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete
  20. Oh kuah laksa lemak ni yang kuah laksam ye kak? Saya suka kuah laksa yg ni bila makan dengan sambal fuh meletop.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...