Friday, January 28, 2022

RESEPI MUDAH ROTI SOSEJ

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku tak dapat kongsi resepi, sebab dah kehabisan idea dah lama tak masak wei. Kalau ada pun yang mudah-mudah je 😅. Aku nak kongsi pasal turutan kerja buat roti sosej heheheh. Sebab malam tadi aku buat roti ni, ada yang pesan. 

Aku kongsi jugakla resepi nya kot-kot ada yang nak cuba ya. Resepi mudah je

Bahan-bahan:

500g tepung roti @tepung gandum

1 paket mauripan

2 sudu besar planta

5 sudu besar gula

Sedikit garam

2 sudu besar susu tepung

250 ml air sejuk

1 biji telur

Sosej yang telah di rebus dan belah tengah

Mayonis 

Sos

Paper cup bulat

Cara sediakan:

- Dalam bread maker masukkan air sejuk, telur, tepung gandum, gula, garam, susu tepung dan planta. Uli untuk 20 minit dan biarkan 10 minit.

- Selepas 10 ke 20 minit masukkan mauripan dan uli semula untuk 20 minit atau boleh guna fungsi uli roti untuk sejam setengah. 

- Bila dah bunyi keluar kan doh, timbangla ikut berat yang disukai dan letak dalam paper cup bulat.

- Ambil sosej, tekan kan doh dalam paper cup, biar naik dalam 20 minit pastu baru boh sos dan mayonis. Bakar dalam oven dengan suhu 160- 180 selama 15 ke 20 minit. Sebelum tu panaskan oven selama 15 ke 20 minit dulu. 

Lepas dah naik, mula-mula je rajin aku bulatkan dulu doh tu...pastu aku tekan je dengan sosej

Dah naik gebus semua baru letak mayonis dan sos cili, kalau nak tambah boh cheese pun ok

Lepas dah bakar, makin bulat kembang dia

dah sejuk masukkan dalam bekas

18 comments:

  1. Gebu naik rotinya. Suka roti ada sosej macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur naik gebus riso jugak sebab lama tak meroti

      Delete
  2. Sedapnya roti sosej. Nak bawa bekal pun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nk bwk bekal mudah sebab sekatul-seketul gitu

      Delete
  3. rajin sungguh la dia. ni antara roti febret anak-anak

    ReplyDelete
  4. kat sek sy pun ada guru lelaki yg minat bakery. siap jual kek, bun, roti n biskut kpd guru2 dan koperasi. mmg sedap la.

    ReplyDelete
  5. Aduh...tengok orang meroti rasa semangat nak meroti juga..Tapi semangat makin ke laut dalam...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Selamat meroti
    Semoga bertambah2 tempahannya

    ReplyDelete
  7. Sedapnya roti sosej. Kalau dekat nak order hihi malass nak buat

    ReplyDelete
  8. susu tepung tu dana guna jenama apa

    ReplyDelete
  9. Masak sendiri puas sikit boleh letak sosej banyak-banyak.

    ReplyDelete
  10. tq share resepi Doh ni Dana. aku selalu fail bab doh ni, keras manjang je.

    ReplyDelete
  11. Jaranglah orang tak suka roti sosej ni, sedapp pulak kita tengok! Ni makan sekali hadap je habis satu bekas terus.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...