Tuesday, January 18, 2022

DARI INI KEPADA INI....

 Assalamualaikum semua,

Selamat bercuti ya kawan-kawan, seronok bila sesekali dapat cuti awal minggu, tapi tahun ini tak banyak cuti umum macam tahun lepas. 

Aku nak kongsi pasal bunga aku,dari kuntum hingga jadi kembang. Idea nak menulis dah takde, maaf la ye kawan-kawan asyik cerita pasal bunga je 😅

Namanya 'Rainy blue' , aku beli dah lama tapi dia tak berbunga sampai aku pindahkan tempat

Masa kuntum nampak ungu 


Bila kembang ungu tu dah makin tak nampak, lembut je

Bau nya pun wangi sangat

Ini namanya 'Lavender dream' ini pokok yang aku dapat 2 minggu lepas

Bunga nya memang kelopaknya tak banyak... tetap cantik

13 comments:

  1. wah! cantik dan lembut je nampak dia

    ReplyDelete
  2. Bau wangi dia tu yang best tu. Cantik pulak warna ungu soft macam pudar pudar gitu. Bunga ros gambar last tu unik. Bunga tak banyak kelopak pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, warna pepel lite tu cantik... bunga tu memang unik sebab tu akak beli, nak ada pokok bunga ros yang lain-lain

      Delete
  3. aduhai cantiknya! Suka tengok, tapi itulah…pemalas nak tanam. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam je kak, janji kene panas dan cukup air insyallah hidup dia

      Delete
  4. Bestnya banyak pokok bunga. Dengan bauan harum lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebab akak suka tanam pokok bunga ros dik

      Delete
  5. mesti pagi- pagi pi depan tu bau wangi semerbak kan...

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok bunga mekar hidup tanpa masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, tapi masa mula-mula tanam tu macam nak mati bunganya

      Delete
  7. rumah ni takde satu pun bunga ros.
    banyak bunga orkid je

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...