Assalamualaikum semua,
Aku nak kongsikan resepi ringkas cara aku goreng ayam bahagian dada dan makanan laut. Selalunya bahagian dada ni kalau masak lain tak berapa laku, tapi bila goreng dengan tepung gini laju pulak.
Bahan-bahan:
4 keping dada ayam ( potong sedang )
500g udang
5 ekor sotong saiz besar, potong bulat
2-5 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung bestari bawang putih
2 cawan tepung beras
1 biji telur
sedikit air
minyak untuk menggoreng
Cara masak:
- Campurkan tepung bestari 2 cawan, 1 cawan tepung beras gaul rata tambah sedikit air buat bancuhan pekat.
- Rendamkan ayam, makanan laut ke dalam bancuhan tepung untuk 10 minit dan masukkan telur ayam sebiji gaul rata
- Dalam bekas lain letakkan baki tepung bestari pedas dan bawang putih, campurkan juga tepung beras 1 cawan gaul bagi rata
- Masukkan ayam dan makanan laut yang dah di rendam dalam bancuhan tepung dan kita golek-golek dalam tepung yang kering. Goncang bagi rata semua tepung baru kita goreng dengan minyak yang banyak hingga ke kuningan
- Dah masak kekuningan, boleh angkat dan hidangkan.
kita bagi dia mandi tepung |
masukkan telur 1 biji gaul rata |
Tepung kering letak dalam 1 bekas yang mudah untuk di tutup |
lepas kita goncang bagi rata |
rupa dada ayam goreng |
udang je rupa tak berapa semenggah |
ini sotong tapi udah rupa apa hahahah... |
Tambah tepung beras tu yang jadi lebih rangup kan Dana.
ReplyDeleteya betul tu kak oi
Deletemenyelerakan!
ReplyDeletememang ratah je
Deletesedapnya rangup tu
ReplyDeletebetul tu kak
DeleteSedap ni makan dengan sos.
ReplyDeletebetul tu
DeleteOh guna 2 jenis tepung Bestari untuk bahan basah dan kering. Boleh cari dan cuba. Menggoda pula untuk cuba buat.
Deletesedapnyaaa
ReplyDeletelama rabia tak singgah sini
nnti singgah blog rabia tau
sedqpp goreng tepung mkn rangup2
DeleteRatah panas2 tak perasan habis sepinggan
ReplyDeletesedapnya! ni mmg utk meratah je ni.. hehe
ReplyDeleteratah smua tu mmg sodap
ReplyDeleteOkey terus perut lapar..sabar jer la...
ReplyDeletelaku keras ye dana.
ReplyDeleteaduhai.. bila baca entri di petang hari..
ReplyDeletemakan plak panas2..dapnye...goreng terung & mushroom pun sedap mcm ni.
ReplyDeleteyummy.
ReplyDeletemakan cicah sos :)
Tepung melekat macam ni baru best makan rangup rangup. Terima kasih share resipinya kak Dana.
ReplyDelete