Wednesday, January 19, 2022

SELAMAT HARI LAHIR PAPA BEAR

 Assalamualaikum semua,

Semalam 18 Januari 2022, genaplah umur Edy 41 tahun. Tahun ini kebetulan sama hari dengan cuti Thaipusam memang tak lupa lah aku, macam tahun lepas boleh aku lupa. Hampeh punya bini hahahhah 

Walapun cuti tak kemana pun, aku jadi pengasuh separuh masa tolong jagakan Aisyah. Aku cuma masak menu ringkas, laksa kuah lemak Terengganu. Dah lama tak makan, itu yang gigih masak. Petang tu maktek belikan kek dan roti ada lah nyanyi dan tiup lilin tapi itulah yang beria nyanyi Aiyan dan Aisyah. Diaorang jugak la yang tiup lilin dan beria makan kek tu heheheh... 


kek oreo cheese beli di kedai Pistachio je

budak yang paling tak sabar nak tiup lilin dan makan kek
sedap kek yang maktek pilih ni

Laksa lemak Terengganu

aku masak petang, tapi lepas maghrib baru aku terasa nak makan

15 comments:

  1. Wah seronoknya makan makan. Happy Belated Birthdwy

    ReplyDelete
  2. Happy birthday suami Dana...laksa tu buat akak telan ailio...adoiii...

    ReplyDelete
  3. Hehe harijadi jatuh hari cuti, sambut bersama-sama keluarga.
    Biasa apabila sudah dewasa kurang rasa hendak sambut.

    ReplyDelete
  4. Semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. SANAH HELWAH PAPA AIYAN SHT SJHTRA TIASA AMIIN

    ReplyDelete
  6. Happy birthday diucapkan buat papa bear eh! husband Dana heheheee
    Didoakan sentiasa di dalam rahmat kasih sayang SWT.
    Kek nampak sedap

    ReplyDelete
  7. eh..sebaya kita ya suami dana...
    Biasalah budak budak..hari jadi siapa siapa pun..diorang la yang over nyanyi, over tiup lilin, over makan semua

    ReplyDelete
  8. Birthday sesapa pun anak anak lah paling excited kan. Cantik keknya. Selamat hati lahir untuk suami akak, semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaaminn...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...