Monday, January 3, 2022

ALLAH UJI, SEBAB SAYANG

 Assalamualaikum semua,

Maaf kengkawan minggu lepas aku macam hilang dari radar. Selalu balik kampung pun entri aku laju, tapi kali ini Allah nak uji. Aku ceritakan perjalanan sebelum balik ke Selangor semula.

Rabu 29hb setelah 5 hari cirit birit, akhirnya aku ajak emak pergi ke klinik kesihatan dekat pekan untuk masuk air. Sebab aku dah tak larat sangat, semalaman buang air lebih 10kali mana larat. Kalau seharian lebih 20kali memang penat sangat. Sampai di klinik, terus ke kecemasan jururawat ambil tekanan darah, tak pernah tekanan aku 84/54 rendah katanya jadi doktor kata akan masukkan 1 beg air. 

1 jam tunggu untuk masukkan air, emak temankan dalam bilik bila habis 1 beg jururawat ambil tekanan lagi. Naik sikit 91/56 doktor dan jururawat baik sangat aku kata nak balik rumah di Selangor esoknya. Doktor bagi surat rujukan, kalau rasa pening melampau, pusing badan tak kuat terus ke klinik atau hospital. Dia juga bagi ubat sikit.

Khamis pagi badan masih tak stabil, jalan pun kene pegang dinding. Tapi dah tak cirit aku gagahkan diri makan walaupun tak lalu. Aku kene kuat sebab nak balik, mak dah sibuk ajak masuk air lagi tapi ambil masa nanti. Pukul 11 gerak juga dari rumah, aku tak banyak gerak badan tak stabil lagi. Tapi dalam perjalanan tak boleh tidur pulak. Akhirnya pukul 4 petang selamat sampai rumah, jalan ke rumah pun aku bertatih. Sampai rumah terus baring, barang semua maktek dan Edy yang simpankan. 

Bangun tidur aku ambil bacaan tekanan darah masih 96/54 tapi aku lega tak lebih rendah dari 90.Petang Edy ajak ke klinik untuk masuk air tapi bacaan naik lagi sikit jadi aku kata esok kalau tak ok baru pergi. Jumaat aku cuti lagi dekat rumah tak boleh berdiri lama kepala rasa pening. Aku tak boleh buat kerja berat sebab badan tak stabil. Setiap beberapa jam aku ambil tekanan darah semalam paling tinggi 107/65. Aku perasan badan aku masih belum sihat sepenuhnya mungkin keadaan badan yang dehidrasi teruk, cepat rasa lapar, kurang selera makan, 1 badan sakit, berat aku turun agak banyak sampaikan cincin pun longgar. Harapnya akan pulih seperti sediakala juga, susah nak kerja kalau badan lemah kan. 

Sampai Selangor musim hujan sejuk je

Khamis malam jumaat

Hari rabu lepas masukkan air

20 comments:

  1. moga Dana segera pulih sihat sediakala amiin makan untuk tambah tenaga

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh. Jaga diri. Zhi doakan moga semua dipermudahkan. In Sha Allah.

    ReplyDelete
  3. Kronik juga cirit-birit sampai buat badan tidak berdaya buat beberapa hari. Selamat berehat Dana.
    Haah cuaca sejuk waktu siang.

    ReplyDelete
  4. Teruknya cirit birit akak.. moga cepat sembuh kak.. banyakkan rehat...

    ReplyDelete
  5. Allahu...sampai macam tu teruk pennagan cirit birit ye...semoga cepat sembuh Dana

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh
    ya Ujian buat kita lebih kuat
    Disember bg akak bln yg sarattt dgn kisah duka
    apapun syukur Allah sayang sb itu diberi kita ujian utk tidak alpa dgn kehidupan dunia

    ReplyDelete
  7. Allahu ..
    Semoga Allah kurniakan syafakillah untuk Dana dan mudahkan urusan.Betul Allah uji kerana Allah sayang...šŸ¤²

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh...kesian juga saya dengar.

    kalau suplimen...boleh boleh amalkan juga

    ReplyDelete
  9. Syafakillah Dana.. food poisoning dah ni bukan diarrhea biasa. Take care te

    ReplyDelete
  10. http://www.mamapipie.com/2021/12/20-top-commentor-tahun-2021-blog.html

    ReplyDelete
  11. Semoga diberikan kesembuhan buat Dana.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Allahu. Semoga Dana cepat sembuh. Selamat Tahun Baru 2022 Dana

    ReplyDelete
  13. semoga cepat sembuh dana dan dipermudahkan semua urusan. btw, slmt tahun baru 2022

    ReplyDelete
  14. semoga cpt sembuh kakdana.. =')

    ReplyDelete
  15. Ya Allah
    Kau anugerahilah keafiatan yang berpanjangan buat hambamu ini
    Aamiin

    ReplyDelete
  16. Kuatkan semangat Dana sungguh Allah uji sebab dia sayang.

    ReplyDelete
  17. Semoga cepat sembuh kak Dana. Aaaminnn...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...