Monday, January 17, 2022

KEBUN TEPI RUMAH

 Assalamualaikum semua,


Jom lah tengok kebun tepi rumah aku, kebun sekangkang kucing. Dek kerana tamak semua nak tanam lepas tu tak tahu mana nak letak, sampai Edy kata letak dalam bilik jelah. Ini pun aku duk pujuk Edy supaya tebang pokok kemboja depan rumah, boleh letak banyak pasu dekat situ hehehehhe. 

Rutin setiap petang, bukak pintu rumah letak beg tangan terus sarung selipar dan siram pokok. Sekarang kan panas terik, memang kering la segala tanaman yang ada. 

ambil gambar hari sabtu, masa ni pukul 11 lebih tapi masih lagi redup

tukang kebun ganti, bila aku malas dia la jadi tukang siram pokok dan cabut rumput

pokok asparagus banyak yang kering daunnya... merajuk dah kot

pindahkan bunga ros  yang baru sampai dekat tepi ni supaya dapat cahaya matahari pagi

Padat dah semua pokok nak tanam kan

dah pukul 12 tengahari pun masih tak kene panas lagi... rumput tepi longkang yang tak sempat (malas) nak di cabut lagi 


ini pulak belakang rumah , pokok bayam brazil suruh Edy potong sebab kene serang ulat

21 comments:

  1. walaupun umh apartment tp ada ruang..seronok la bole berkebun tepi umh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, alhamdulillah... dptla merasa konon3 mcm ada tanah ddk kat teres

      Delete
  2. akak punya rumah level bawah best la..saya ni kne menapak 6 tingkat hari hari..hahaha..kann panas sekarang, pokok saya pon mati satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula ada la tanah sikit dik oi... dulu ddk umah tingkat 4 menanam jugak tapi tak meriah gini

      Delete
    2. Alhamdulillah, ada la tanah sikit utk menanam

      Delete
  3. meriah...semalam pun baru kemas pokok bunga.. x dan nak snap.. balik nanti la. he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah semua nak tanam, xsedar diri tanah pun ciput je

      Delete
  4. rajin sungguh dia. saya ni bab menanam macam tak sampai-sampai seru

    ReplyDelete
  5. Seronok ada ruang menanam. Aien tanam dua pasu, dua2 dah mati Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe tanam lagi, akak dulu pun sama masa awal2... tanam banyak yg mati

      Delete
  6. Banyak betul pasu. Nasib baik tanam menjadi. Hehe. Suruh tenang pokok kemboja. Kasihan pokok itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah banyak pokok pasu pun kene bnyak... pokok kemboja tu dah lama, makin besar nanti boleh pecah longkang tu kak, itu tuan umah lama yg tanam... dh besar sangat

      Delete
  7. balik umah letak beg,belek pokok dan layan kucing dulu he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahha gitu lah kak, musim panas ni banyak pokok dana mati

      Delete
  8. Bagus Dana ni, kekal bersemangat. Akak ni selalu hangat-hangat tahi ayam. Tengah rajin, tanam. Tengah malas, terbiar mati pokok 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha kadang dtg malas nak cabut rumput pun malas kak

      Delete
  9. Patutnya Dana kena cari rumah kampung
    Barulah luas kawasan untuk berkebun dan menternak bulus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manala nak cari rumah kampung kat sini wak oi, tanah mahal kat sini wak oi... tak mampu

      Delete
  10. Selagi ada ruang, kita sumbat je bagi muat masuk gitu. Bab berkebun ni kena ada mood. Selagi dok kerjakan memang lama kat luar.

    ReplyDelete
  11. Memang kalau ada je ruang nak tanam macam- macam benda kan...antara hidup dengan tak hidup je la...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...