Tuesday, September 15, 2026

LAPOR DIRI DI PEJABAT BARU

 Assalamualaikum semua,

Tak tahu la kenapa blog aku ni, dah dari semalam tak nampak entri blog terbaru kawan-kawan. Macam kawan-kawan lama dah tak update tapi bila ke blog tu sebenarnya ada je entri terbaru. Mungkin aku punya kot yang tak betul. Oklah aku nak kongsi la pasal semalam yang aku lapor diri kt MINDEF tu. Dapat tangguh sampai 25/9 je oklah ada 2 minggu untuk kemas barang. Cuma itulah agak mencabar la nanti di tempat baru ini, awal kerja ni takde pas pekerja lagi kene la parking kat luar. Bayaran hd pun kene bayar sendiri dulu , pay n claim. Doakan la semua berjalan lancar buat aku ya kawan-kawan.


Seram nengoknya

Sebelum pukul 7 aku dah sampai sebab parking kat pelawat

beratur untuk ambil pas

menunggu orang lain sampai

pa jugak, dia dari JKR

Ke pejabat baru nak jumpa pengarah sini pula

Bakal bilik aku, kecik comel je ok lah kan dari takde bilik

Sunyi dan kosong je lorong dekat sini

Lepas lapor diri balik semula ke JUPEM

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...