Assalamualaikum semua,
Aku kan tengah tak rajin masak jadi takde resepi terbaru. Cuma selasa lepas aku ada buat laksa lemak jadi aku kongsi lagi lah resepi ini, tahun 2020 dulu aku pernah kongsi jugak. Takpe kan janji resepi, mana tahu ada yang nk cuba masak kan.
Laksa lemak ini wajib minta mil buatkan bila balik Kerteh, tapi lama dah tak balik sana rindu pulak. Jom la aku kongsikan resepinya ya.
Bahan-bahan:
12 ekor ikan selayang/ ikan sardin - rebus dengan garam dan asam keping
3 kotak kecil santan
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar (ikut suka nak tahap mana pedasnya)
4 biji bawang merah kecil, kisar
2 ulas bawang putih, kisar
5 asam keping
5 - 10 cawan air (boleh tambah ikut pada kesesuaian)
2 paket laksa beras, rendam dan rebus
Kobis
Bunga kantan
kacang panjang
tauge
Timun
Cara masak:
- Ikan yang dah di rebus, sila lah asingkan isi dengan tulangnya ya (ini benda paling hilang sabar)
- Kisar bawang putih, bawang merah dan isi ikan dengan air rebusan hingga hancur, kisar lagi 1 bahagian ikan tapi jangan hancur sangat
- Masukkan bahan yang kita dah kisar dalam periuk dan masak kan untuk 10-15 minit api sedang, tambahkan 2 asam keping
- Masukkan santan dan tambahkan air, ikut pada nak pekat mana. Masukkan garam dan serbuk lada hitam masa dengan api kecil.
- Bila dah masak boleh matikan api dan sediakan bahan lain.
- Sila potong halus bahan-bahan ulaman nya ya
- Bila laksa dah lembut bolehla di rebus untuk 15 ke 20 minit hingga empuk tapi jangan lembik sangat. Sila toskan laksa
- Siap untuk di makan dengan sedikit cili boh dan belacan. Laksa lemak selalu takde sambal belacan atau sambal cuka.
*Kuah laksa lemak ini sama je macam kita biasa jumpa dengan laksam.
aku pakai laksa beras yang ini, kalau balik kertah ada laksa beras yang halus lagi |
rebus dengan asam keping untuk hilangkan bau hanyir |
Toskan dan biarkan sejuk ya |
bercinta nak habiskan 12 ekor ikan ni |
ini hasilnya yang telah dibuang tulang.. sebelum kisar periksa lagi kalau ada tulang |
jangan guna semua bawang putih, nanti bau kuat sangat aku guna 2 ulas je bawang putih, dan 4 biji bawang merah kecil |
ini yang halus, kisaran yang kedua boleh kasar sedikit |
hambik, seperiuk besar |
Masukkan asam keping |
setelah masukkan santan baru tambah serbuk lada hitam kasar |
antara ulaman yang ada |
wajib ada tauge juga |
laksa beras yang dah selamat direbus, buat banyak sebab nak bagi jiran-jiran |
macam ni cara makannya, letak sedikit cili boh atau cili kisar, sedikit belacan juga |
nikmatnya |
fav....slalu mak akak buat hehe
ReplyDeletesamalah kak, feveret jugak
DeleteTak pasti pernah makan atau tak laksa gini.
ReplyDeleteNampak sedap.
Tulang ikan tu katanya kalau guna pressure cooker dah tak payah buang tulang. Boleh blend je semua sebab tulang dah lembut.
kene cuba kak, sodap tau... kalau ganti dengan mee lidi pun sedap jugak...
Deletebiasa beli laksa di pasar. jrg guna laksa kering yg perlu direbus ni sbb ia kasar. nak sedap kuah tu kena taruh lebih sikit. campur ulam n sambal. sedapnya!
ReplyDeletedekat sini takde orang jual laksa basah macam di kelantan... jadi kene lah guna laksa kering
Deletesedapnya dana, kak ana suka gak tapi bab perisi ikan tu yang paling malas huhu :)
ReplyDeletesamalah kak oi
DeleteOwh.. nampak mudah dan menyelerakan..
ReplyDeleteBila masak sendiri lebih puas makan..
iya kak, nak masak kuah mudah tang nak asingkan tulang dengan isi tu je yang bercinta
Deletepernah makan sekali, orang taman jual. sedap.
ReplyDeletebetul tu, tapi payah nak jumpa orang jual... bestnya kalau ada orang taman yg jual
DeleteSEDAPNYA FEVERET KAK NI
ReplyDeletesama lah kita kak
Deletepaling malas buat laksa ni nak asingkan isi dan tulang ikan tu tapi sebenarnya senang je nak buat laksa ni..haha
ReplyDeleteselamat menjamu selera :)
hahaha betul tu nak asingkan isi dengan tulang paling leceh nak buat kuah tu mudah je
DeleteSedapnya laksa. Ni yang nak g cari ni. Malas buat sendiri.
ReplyDeleteyelah nk buat laksa ni bab nak sediakan kuah tu yang malas
Deletemcm tak pernah makan laksa style cam ni Dana. nnt nak cuba lah buat.
ReplyDeletekat area selangor atau kuala lumpur memang takde orang jual kak, kalau belah terengganu dan kelantan mudah jumpa laksa gini
DeleteHanya suka makan laksa JDT aje
ReplyDeleteiya tahu wak memang setia dengan jdt je
DeleteBab buang tulang memang leceh tapi puas hati dapat makan kuah pekat isi ikan banyak. Tak pernah lagi makan laksa terengganu ni.
ReplyDeleteitulah bab siang isi ikan memang bercinta tapi nak sedap kene lah boh ikan banyak kan
Deletemcm kuah laksam ya
ReplyDeletekaler putih
tak penah mkn laksa kuah putih camni
aah betul kak, sama dengan kuah laksa tapi mee je lain
Deletekebetulan hari ni sis pun makan laksa. bezanya beli. aduh.. rajin betul buat sndiri :)
ReplyDeletedah lama tak makan laksa kuah lemak ni, itu yang gigih buat
Deletesekarang kalau balik trengganu mmg ma akan buat sebab dah jadi feveret menantu dia. wajib ada belacan n sambal lada tu. padu.
ReplyDelete