Friday, January 7, 2022

RESEPI RINGKAS GORENG TEPUNG AYAM DAN SEAFOOD

 Assalamualaikum semua,

Aku nak kongsikan resepi ringkas cara aku goreng ayam bahagian dada dan makanan laut. Selalunya bahagian dada ni kalau masak lain tak berapa laku, tapi bila goreng dengan tepung gini laju pulak.

Bahan-bahan:

4 keping dada ayam ( potong sedang )

500g udang

5 ekor sotong saiz besar, potong bulat

2-5 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung bestari bawang putih

2 cawan tepung beras

1 biji telur

sedikit air

minyak untuk menggoreng

Cara masak:

- Campurkan tepung bestari 2 cawan, 1 cawan tepung beras gaul rata tambah sedikit air buat bancuhan pekat. 

- Rendamkan ayam, makanan laut ke dalam bancuhan tepung untuk 10 minit dan masukkan telur ayam sebiji gaul rata

- Dalam bekas lain letakkan baki tepung bestari pedas dan bawang putih, campurkan juga tepung beras 1 cawan gaul bagi rata

- Masukkan ayam dan makanan laut yang dah di rendam dalam bancuhan tepung dan kita golek-golek dalam tepung yang kering. Goncang bagi rata semua tepung baru kita goreng dengan minyak  yang banyak hingga ke kuningan

- Dah masak kekuningan, boleh angkat dan hidangkan.

kita bagi dia mandi tepung

masukkan telur 1 biji gaul rata

Tepung kering letak dalam 1 bekas yang mudah untuk di tutup


lepas kita goncang bagi rata


rupa dada ayam goreng 

udang je rupa tak berapa semenggah

ini sotong tapi udah rupa apa hahahah... 

20 comments:

  1. Tambah tepung beras tu yang jadi lebih rangup kan Dana.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Oh guna 2 jenis tepung Bestari untuk bahan basah dan kering. Boleh cari dan cuba. Menggoda pula untuk cuba buat.

      Delete
  3. sedapnyaaa
    lama rabia tak singgah sini
    nnti singgah blog rabia tau

    ReplyDelete
  4. Ratah panas2 tak perasan habis sepinggan

    ReplyDelete
  5. sedapnya! ni mmg utk meratah je ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. Okey terus perut lapar..sabar jer la...

    ReplyDelete
  7. aduhai.. bila baca entri di petang hari..

    ReplyDelete
  8. makan plak panas2..dapnye...goreng terung & mushroom pun sedap mcm ni.

    ReplyDelete
  9. Tepung melekat macam ni baru best makan rangup rangup. Terima kasih share resipinya kak Dana.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...