Friday, July 23, 2021

RESEPI ROTI KENTANG BERKEJU

 Assalamualaikum semua,

Resepi ini aku dapat dari fb masakan luar negara tapi sebab cara buat nya ringkas dan senang aku terpanggil nak cuba. Buat roti dengan cara mudah tanpa guna mixer atau bread maker cukup dengan spatula atau senduk. 

Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

2-3 biji kentang direbus dan di lenyek halus

150ml susu suam

2 cawan tepung gandum

1 sudu planta@mentega

1 biji telur

1 sudu besar yis

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

sedikit daun bawang

Keju mozarella


Cara masak:

- Campurkan kentang lenyek dengan susu dan gaul hingga sebati, masukkan gula, garam dan yis rehatkan untuk 5 minit.

- setelah 5 minit bila nampak yis dah bertindak balas masukkan telur, planta dan tepung sedikirt demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan daun bawang.

- Rehatkan adunan untuk 5 minit lepas tu masukkan dalam bekas loyang yang telah disapu planta. Selitkan kepingan mozarella pada adunan roti dan rehatkan untuk 30 minit atau hingga adunan naik seganda.

- Bila adunan dah naik, sapukan permukaan dengan bancuhan telur hingga rata, panaskan oven pada suhu 200 selama 10 ke 15 minit sebelum masukkan roti. Masak dalam suhu 200 untuk 25 ke 30 minit. 

-  Roti boleh makan begitu saja atau cicah sup cendwan, sup pekat atau kari pekat.


Kentang dan susu

Gaul hingga sebati

Gula, garam dan yis

Jangan lupa rehatkan

Dah bertindak balas yis nya

Planta dan telur

Masukkan tepung

Gaul sebati

Boleh juga ganti dengan daun lain, apa juga ikut kesukaan

Rehatkan untuk 5 minit

Masukkan dalam loyang

Selitla keju 2 ke 3 keping, rehatkan hingga naik seganda

Naik sudah

Jangan lupa sapu telur hingga rata

Bakar dalam oven, kalau ada air fryer besar pun boleh masak dalam air fryer

Dah siapppp

Texture dalam roti nya

Bahagian yang kita selit keju

Cicah kuah kari pun sedap, buat roti kali ke 2

30 comments:

  1. sedapnya kak dana.. rajin nya masak

    ReplyDelete
  2. sedapnya cicah kari.. semoga akak rajin meroti weekend ni

    ReplyDelete
  3. Macam shephard pie. Hehe ok unik, pertama kali nampak resipi begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama kak shaperd pie ada inti daging kentang kt atas, ini roti

      Delete
  4. mudahnya nak buat! Cukup rencah dia ada kentang, ada keju dengan kuah kari fuhhh

    ReplyDelete
  5. sy cadngkan dana buka channel youtube n muatnaik video kat situ. pasti akan viral spt youtuber india dahulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada youtube tapi tak aktif cikgu hehehhe banyak up di ig, fb dan blog je

      Delete
  6. Melting tengok cheese leleh tu kak. Sedap nau tengok roti kentang tekstur macam tu.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. buat kari pekat sikit itu sedap buat cicah-cicah hehehehe

      Delete
  8. Sedapppnya kita tengok! Nak buat punn mudah! Bahan bahan tak banyak songeh hehehe, in shaa Allah saya akan cuba buat nanti :D Nice sharing kak dana.

    ReplyDelete
  9. wah elok sgt kejadiannya mest sedap sgt tu

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Tambah kenyang, sebab ada kentang kan, dalam roti. Pandai Dana masak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kenyang sebab ada kentang, akak pun boleh masak punya kak hehehhe

      Delete
  11. Selamat meroti
    nampak sedap kejadiannya

    ReplyDelete
  12. sedapnya kak dana.. sy kalo rajin mengroti mmg ari2 buat roti ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh kalu hari-hari jemu kang yang makan nya

      Delete
  13. Wahh terbaik la dana..dari tak buat apa yerkurung dek pkp apa faedahnya cuba resepi baru kan..

    ReplyDelete
  14. Allah..lembut tgan kak dana..buat ape pn jadi..sedapnyeee kak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak jugak dik oi, kadang tak menjadi jugak huhuhuhu

      Delete
  15. Sedapnya nampak... Gebu dan bestnya ada pakai cheese sekali... Mesti sedap makan dengan kuah kari!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...