Tuesday, July 27, 2021

MARI KITA BERKEBUN

Assalamualaikum semua,

Hari ini lambat gila buat entri, maaf ye semua sibuk dari pagi bawak ke sekarang. Pagi-pagi dah cabut rumput kejap tapi boleh lak jumpa semut api berenti terus. Lepas tu tolong Aiyan berlatih nyanyi untuk pertandingan sempena Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL. Doakan ya moga Aiyan dapat buat persembahan terbaik dan menang. Dia nyanyi lagu tema boboiboy, fire and water. 

Minggu lepas aku , Edy dan Aiyan berkebun konon nya. Dok buang semua pokok cili yang dah tak elok dan tanam semula yang lain. Mana pasu yang kosong satukan, nak cabut rumput tak dan lagi. Itu yang pagi tadi cabut jugakla sikit. Aiyan pulak hari tu tolong isi tanah dalam pasu dan siram pokok. 


Ada jumpa pokok kunyit dekat semak bawah pokok kemboja, satukan dalam 1 pasu besar

Aiyan la ni sempat ambil gambar aku tengah bebel apa entah

Ini kerja untuk Aiyan

Ada 3 pasu jugakla suruh dia isi tanah

Semua berkumpul, dah tuannya semua kat luar geram la diaorang

Konon nak kurangkan pasu tapi makin banyak, eh camne ni

Semak betul tengok rumput tu

Baru dapat cabut sikit tapi jumpa semut api pulakkkk

Bawah pokok kemboja pun ada semut api jugak, mujur ada ridsect 

22 comments:

  1. Salam, moga Aiyan buat persembahan terbaik inshaAllah. Nyaman nampak kehijauan..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya, tapi berkebun ni mmg bagus utk badan & boleh hilangkan rasa stress. Anyway, goodluck Aiyan !

    ReplyDelete
  3. Semoga berbudi kepada tanah ada hasilnya.

    ReplyDelete
  4. Ada sarang semut ke situ kak? Niat nak satukan, terbanyak lah eh..Nampak sedap mata memandang dah susun dan buang rumput liar tu. Saya pun dah lama tak berkebun kemas luar tu. Banyak pasu kosong ada pokok mati. huhu Rajin Aiyan tolong.

    ReplyDelete
  5. Memang terbantut kalau jumpa semut. Penat cabut rumput ni. Lepas tu, cepat pulak tu rumput tumbuh. :D

    ReplyDelete
  6. Potong stim kalau jumpa semut api. Sakit digigitnya.
    Hehe kucing pun kena kurung.

    ReplyDelete
  7. keluar peluh jantan bila berkebun ni
    byk2 pokok2 dana

    ReplyDelete
  8. Dimana ada kemahuan pasti ada kejayaan..walaupun tanah sekangkang kera ja kan dana..manafaatkan sepenuhnya

    ReplyDelete
  9. Kalau saya pun terus stop buat kerja kalau jumpa geng semut api ni, tak senang nak buat kerja kalau digigitnya. Kucing kucing kak dana jealous tu, nak keluar jugak hahahah. Btw goodluck aiyan!

    ReplyDelete
  10. seronoknya ada tanaman mcm ni. nak masak, petik je. time PKP ni mmg kena buat aktiviti keluar peluh, jumpa pkok2, matahari... kasi peluh badan. Terbaik lah Ayan!

    ReplyDelete
  11. sejak PPN ni saya pun da start berkebun kat laman sekangkang kera depan rumah..jadilah untuk puaskan hati sendiri dan kurangkan stress...

    ReplyDelete
  12. Seronoknya berkebun macam ni kan...sesekali boleh keluarkan peluh

    ReplyDelete
  13. Rajin nya.. Akak ni pasu dah beli, tanah dah beli tapi dok dalam bungkusan lagi.Hahha.. Bila entah nak buat. Kena pnggil Aiyan datng rumah la nampaknya. jhahahah

    ReplyDelete
  14. fuh rajin berkebun
    bagus nanti hasil dapat memang rasa puas hati

    ReplyDelete
  15. Rajin akak..aiyan pun rajin tolong ibu :)

    ReplyDelete
  16. wah.. aiyan msk bertanding nyanyi eh... nk tgk video aiyan nyanyi.. hehehe

    ReplyDelete
  17. wahh.. banyaknya pokok2 kak dana. semua nampak subur2 aje. paling best bila hasil berkebun menjadi kan ;)

    ReplyDelete
  18. Wah good luck untuk Aiyan!!! Menarik tu lagu Fire and Water!! #CikTKpunminatBoboiBoy

    ReplyDelete
  19. Dapatlah keluarkan peluh! Aktiviti berkebun memang menyeronokkan dan menyihatkan badan.

    ReplyDelete
  20. saya paling lemah bab berkebun..huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...