Assalamualaikum semua,
Maaf hari ini lambat bersiaran, aku ke pejabat ada sikit kerja itu yang lambat buat entri. Hari ini aku nak kongsi resepi tauhu berlauk, PKP tahun lepas ada pernah cuba tapi tak berapa menjadi. Kali ini cuba lagi dan menjadi dengan jayanya. Bagi aku sedap, makan gitu je buat kudapan atau jadikan lauk pun boleh. Jom aku kongsi resepinya.
Bahan-bahan:
3 keping tauhu biasa, kisar
3 tiub tauhu telur @ tauhu lembut, kisar
2 keping dada ayam, kisar
3 biji telur, kisar
1 pokok daun bawang, cincang halus
1 batang carrot, cincang halus
1/2 kiub ayam (pilihan)
sedikit garam
serbuk lada hitam
Bancuhan telur:
2 biji telur
1 sudu tepung jagung
Cara masak:
- Kita campurkan bahan yang telah kita kisar halus dan bahan-bahan lain daun bawang, carrot, garam, kiub ayam dan lada hitam hingga sebati
- Masukkan dalam bekas kecil aku guna acuan lompang, dan kukuskan untuk 10 ke 15 minit.
- 2 biji telur tambahkan tepung jagung dan kacau hingga sebati, gunakan untuk celupkan tauhu berlauk sebelum kita goreng dengan api sedang hingga kekuningan.
- Boleh makan begitu sahaja atau makan dengan sambal kicap. Sambal kicap yang biasa guna untuk makan pisang goreng tu.
Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati |
Masukkan dalam bekas lompang ni dan kukus |
Setelah dah masak tauhunya |
Sejuk kan dulu |
Bancuhan telur dan tepung jagung, baru goreng |
kita goreng hingga kekuningan ya... |
Macamni lepas di goreng... menggoda ke idok hehehhe |
Lawankan dengan sambal kicap |
Buat wak WP yang rindukan Aiyan... dia bizi jadi bibik ini kegemaran dia vakum rumah |
Terliur ini. Hehe untung siapa jadi jiran Dana dapat rasa air tangan Dana.
ReplyDeleteheheeh jiran dana pun suka masak-masak itu yang dana pun kene rajin jugak
Deletenmpk sedappp
ReplyDeleteblh try nanti
cuba jangan tak cuba kak
DeleteSedap memang cicah dengan sambal kicap. Buat minum petang.
ReplyDeleteya betul tu
DeleteMenggoda sangat lepas digoreng tu.
ReplyDeleteBagusnya Aiyan rajin vakum kalau anak-anak Mrs. A kena suruh baharu nak buat
itulah lepas di goreng nampak menggoda... si Aiyan tu dia suka sebab boleh main-main sedut dengan vakum tu
ReplyDeletesedap ni.. lama xbuat. dulu terbuat byk, jenuh jgk nk habiskan sebab berdua dgn suami je..
ReplyDeleteAkak buat banyak bagi jiran dan simpan dalam peti, kot teringin goreng je
DeleteSedapnya tauhu berlauk. Saya suka sgt makan tauhu tak kisah apa2 jenis asalkan tauhu haha !
ReplyDeleteGeng suka soya .. tempe suka tak?
Deletenampak sedap tauhu berlauk tu.
ReplyDeleteRajin Aiyan, main sambil bersihkan rumah
Sedap kak lagila makan panas2... dia rajin ikut mood
DeleteSedap tauhu berlauk cicah sambal kicap. Lagi senang buat dalam acuan terus. Ada nampak buat dalam loyang kena potong potong pulak. Bagus lagi cara ni.
ReplyDeleteRajinnya Aiyan tolong mama vacuum.
Ya lebih mudah letak dalam acuan kecik gini, nak simpan pun senang
DeleteRajin Aiyan tolong ibunya di rumah
ReplyDeleteRajin ikut mood dia wak
DeleteSama tak dengan tauhu bergedil kak dana? Sebab saya nampak macam lebihh kurang hehehe.
ReplyDeletePekena dengan sambal kicappp memang mantap, memang sedappppp.
Tauhu bergedil guna kentang dan tauhu pok dik, ini tak guna kentang kan tak sama tu..
Deletekena cuba resepi baharu ni. biasa buat bergedil je.
ReplyDeleteCuba cikgu...
Deletemesti aiyan suka ibunya rajin msk resepi baru
ReplyDeleteMana yg selera dia, dia suka kak...
DeleteMenggoda! Selera akak tengok tauhu berlauk. Akak suka makan tauhu.
ReplyDeleteRajin anak bujang sorang vakuum rumah. :)
Dana pun peminat tauhu jugak
DeleteSedapnya jika dapat cicah sambal kicap
ReplyDeleteBetul tu kak
Deletesedapnyaaaaaa...
ReplyDeletetu dia jadi bibik naa..baguih anak bujang sorang tu hehehe
Selamat Hari Lahir Aiyan yang ke 10. Dah besar dah Aiyan
ReplyDeleteRajin Dana masak macam-macam!
ReplyDeleteNampak sedap sangat tu...teringin nak rasa!
fuhhh sedap dan mudah resipi ni. Kena try nanti. Thanks kak dana!
ReplyDeleteFuhh sedap tauhu berlauk cicah dengan cili kicapnya, paduuu
ReplyDeleteDaftar ssm Online
Daftar Syarikat
Pinjaman Perniagaan
Lesen perniagaan
Lhdn e filling